Mbappe bantu Perancis atasi Senegal 3-1

PERANCIS memulakan kempen Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan apabila menewaskan Senegal 3-1 dalam aksi Kumpulan I di Stadium New York New Jersey, awal pagi tadi.

Selepas mempamerkan aksi hambar pada babak pertama dan berdepan tentangan sengit Senegal, Les Bleus bangkit pada separuh masa kedua untuk memanfaatkan kelebihan kualiti pemain yang dimiliki.

Kapten pasukan, Kylian Mbappe, memecah kebuntuan pada minit ke-66 apabila berjaya menembusi benteng pertahanan Senegal untuk jaringan yang menyamai rekod 57 gol antarabangsa milik legenda Perancis, Olivier Giroud.

Pemain gantian, Bradley Barcola, kemudian menggandakan kelebihan Perancis sebelum Senegal merapatkan jurang menerusi jaringan Ibrahim Mbaye pada minit kelima masa kecederaan babak kedua.

Bagaimanapun, kegembiraan Senegal hanya bertahan seketika apabila Mbappe meledak gol kedua peribadinya seminit kemudian menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti.

Jaringan itu bukan sahaja mengesahkan kemenangan Perancis, malah menyaksikan Mbappe mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad kebangsaan Perancis dengan 58 gol, mengatasi rekod dipegang Giroud.

Related Posts

Haaland sumbat 2 gol, Norway kalahkan Iraq 4-1

PENYERANG berbisa Norway, Erling Haaland meledak dua gol ketika membantu pasukannya menewaskan Iraq 4-1 dalam aksi Kumpulan I Piala Dunia, sekali gus memberi amaran awal kepada lawan dalam kejohanan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol buntu, seri 0-0 dengan Cape Verde

STATUS pasukan pilihan Piala Dunia 2026 tidak memberi kelebihan kepada Sepanyol apabila hanya mampu seri tanpa jaringan dengan pendatang baharu, Cape Verde dalam aksi pembukaan Kumpulan H, awal pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sultan Selangor seru umat Islam perkukuh perpaduan, elak pertikaian terbuka

Sultan Selangor seru umat Islam perkukuh perpaduan, elak pertikaian terbuka

Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia

Dua maut kereta bertembung lori bawa durian

Dua maut kereta bertembung lori bawa durian

Haaland sumbat 2 gol, Norway kalahkan Iraq 4-1

Haaland sumbat 2 gol, Norway kalahkan Iraq 4-1

Mbappe bantu Perancis atasi Senegal 3-1

Mbappe bantu Perancis atasi Senegal 3-1

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan