Dua maut kereta bertembung lori bawa durian

KUANTAN – Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan dekat Jabatan Pengangkutan Jalan Benta di Kuala Lipis malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 9.03 malam sebelum sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis digegaskan ke lokasi.

Beliau berkata, pihaknya mendapati seorang daripada empat lelaki yang berada di dalam Perodua Axia berjaya keluar sendiri, manakala tiga lagi masih tersepit di dalam kenderaan itu.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit namun dua lelaki disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi,” katanya, lapor Bernama.

Mohd Salahuddin berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

Beliau berkata, pemandu lori dan seorang penumpang wanita kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Related Posts

RM450,000 disalur perkasa 180 usahawan wanita Perak melalui BizNita 2026

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM450,000 bagi memperkasakan pembangunan usahawan wanita menerusi Program Transformasi Usahawan Wanita dan Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Perniagaan BizNita Negeri Perak Tahun 2026 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Selangor seru umat Islam perkukuh perpaduan, elak pertikaian terbuka

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar terus mengutamakan perpaduan dan menyelesaikan sebarang perbezaan pandangan secara berhemah serta tertutup demi menjaga keharmonian masyarakat. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM450,000 disalur perkasa 180 usahawan wanita Perak melalui BizNita 2026

RM450,000 disalur perkasa 180 usahawan wanita Perak melalui BizNita 2026

Sultan Selangor seru umat Islam perkukuh perpaduan, elak pertikaian terbuka

Sultan Selangor seru umat Islam perkukuh perpaduan, elak pertikaian terbuka

Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia

Dua maut kereta bertembung lori bawa durian

Dua maut kereta bertembung lori bawa durian

Haaland sumbat 2 gol, Norway kalahkan Iraq 4-1

Haaland sumbat 2 gol, Norway kalahkan Iraq 4-1

Mbappe bantu Perancis atasi Senegal 3-1

Mbappe bantu Perancis atasi Senegal 3-1