Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

PUTRAJAYA – Malaysia dan Timor-Leste bersetuju meneroka potensi kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai sektor strategik, termasuk ekonomi, perdagangan dan pelaburan, bagi merangsang pertumbuhan mampan di kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Presiden Timor-Leste, José Ramos-Horta, sempena lawatan khas pemimpin berkenaan ke Malaysia selama lima hari.

Menurut beliau, kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh pembangunan modal insan, pendidikan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Kami turut bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelaburan strategik, pembangunan modal insan, pendidikan dan latihan teknikal,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Anwar berkata, Malaysia dan Timor-Leste turut mengenal pasti peluang baharu yang berpotensi menjana pertumbuhan ekonomi mampan serta memperluas ruang pembangunan untuk generasi muda kedua-dua negara.

“Sebagai negara jiran dan anggota keluarga besar ASEAN, Malaysia menyambut baik usaha memgeratkan hubungan serantau berasaskan semangat kebersamaan, saling menghormati serta tanggungjawab bersama dalam memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia dan Timor-Leste komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala melalui kerjasama strategik dalam pelbagai bidang demi kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara.

“Mudah-mudahan hubungan erat yang terjalin ini akan terus diperkukuh demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Timor-Leste, serta kemajuan ASEAN secara keseluruhannya,” kata beliau.

José Ramos-Horta tiba di Malaysia pada 13 Jun lalu bagi lawatan khas selama lima hari.
Pada 2024, jumlah perdagangan Malaysia-Timor-Leste direkodkan sebanyak AS$18.72 juta (RM85.68 juta), merangkumi eksport Malaysia bernilai AS$18.37 juta (RM84.06 juta) dan import sebanyak AS$0.35 juta (RM1.62 juta).

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa