DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebanyak 323 buah basikal sewa dalam operasi Tindakan Khas Pengusaha Basikal tanpa lesen dan Halangan Tempat Awam di sekitar Jalan Tembeling, Taman Titiwangsa di sini semalam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan dijalankan ke atas pengusaha aktiviti penyewaan pelbagai jenis basikal yang beroperasi tanpa lesen yang dikendalikan warga asing termasuk meninggalkan peralatan serta basikal di tempat awam sekitar tasik itu.

“Beberapa pengusaha penyewaan basikal ini dengan didapati sengaja meninggalkan basikal-basikal yang rosak dan tidak boleh digunakan di kawasan lapang, belakang premis perniagaan, tandas awam, tanpa membersihkan atau melupuskan basikal-basikal yang tidak digunakan.

“Ini menyebabkan berlakunya halangan di kawasan awam dan menimbulkan kacau ganggu kepada persekitaran kawasan rekreasi awam,” katanya, hari ini.

Menurut DBKL, hasil pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan ke atas lima pengusaha basikal terlibat beroperasi di situ.

“DBKL telah membuat tindakan sita dan pindah barangan ke atas 323 buah pelbagai jenis basikal dewasa dan kanak-kanak yang didapati beroperasi tanpa lesen termasuk basikal-basikal yang ditinggalkan di tempat awam,” katanya.

Tambahnya, kesemua basikal dihantar ke Setor Sitaan DBKL untuk penyimpanan dan dokumentasi lanjut. Tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi kesalahan di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Operasi berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak. DBKL akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan. Sebarang aduan atau maklum balas, orang awam boleh salurkan dipautan tertera,” katanya.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok