Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris mangsa bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, kes tersebut kini diklasifikasikan sebagai siasatan kematian mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut diteruskan.


Menurut beliau, polis masih menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes berkenaan selain mengumpulkan segala maklumat yang boleh membantu mengenal pasti identiti mangsa.


“Selain menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah, kita juga sedang giat mengesan identiti mangsa serta waris atau ahli keluarganya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Pada 26 Julai lalu, media melaporkan seorang pekebun menemukan satu bungkusan guni yang sudah reput dipercayai mengandungi rangka manusia ketika menjalankan kerja meracun rumput di kebunnya sebelum membuat laporan polis pada pukul 10.48 pagi.


Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian sebelum rangka berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah untuk analisis lanjut yang kemudian mengesahkan ia adalah rangka manusia.

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar