ADA yang berhujah dengan fakta-fakta yang dimanipulasi bagi membentuk persepsi negatif terhadap ekonomi semasa Kerajaan MADANI.
Ini tidak betul!
Dalam kata mudah, ada pihak yang mahu rakyat melihat bacaan sebenar ekonomi Malaysia hari ini mengikut acuan yang mereka mahukan, iaitu ekonomi negara dalam keadaan tidak baik dan PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat gagal.
Sangat culas dan berniat jahat.
Baiklah, saya jelaskan.
1. Penggunaan kayu ukur lama
Mengikut prospek semasa, BNM dan IMF telah beralih kepada kerangka kecukupan rizab yang lebih moden dan holistik.
Jadi hujahan yang mengguna pakai formula lama untuk ekonomi tahun 2026 adalah tidak relevan lagi. Struktur perdagangan Malaysia kini bukan lagi sekadar mengimport barang konvensional, tetapi melibatkan rantaian nilai global yang kompleks (integrasi industri teknologi, automasi, dan pasaran perkhidmatan digital).
2. Kiraan penurunan bulan perlindungan import
Penurunan perlindungan import dari 7.5 bulan (2018) kepada 6.0 bulan (2026) sebenarnya adalah refleksi daripada lonjakan aktiviti pelaburan dan penggunaan domestik yang sangat agresif.
Mengapa demikian? Begini, sebenarnya apabila ekonomi berkembang pesat, industri tempatan memerlukan lebih banyak import barangan modal (mesin, jentera, teknologi) dan barangan perantaraan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran negara.
Jadi, jumlah perlindungan import selama 6.0 bulan adalah bukti jelas bahawasanya kita sedang membeli lebih banyak aset produktif untuk menjana kekayaan masa hadapan.
Malah, standard antarabangsa IMF menetapkan tahap kecukupan minimum rizab adalah 3.0 bulan. Dengan mengekalkan 6.0 bulan, kedudukan Malaysia masih berada 100% lebih tinggi daripada paras selamat antarabangsa.
3. Nisbah hutang jangka pendek 0.9 kali
Ini tersangat jelas adalah satu cubaan menakut-nakutkan (fearmongering) yang tidak menggambarkan kedudukan sebenar aset luaran Malaysia.
Sebenarnya nisbah ini hanya membandingkan hutang luar jangka pendek dengan rizab tunai BNM sahaja.
Kiraanya DENGAN SENGAJA mengabaikan Aset Luaran Bersih (Net External Assets) yang dimiliki oleh sektor swasta, bank komersial, dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) seperti Petronas, Khazanah, dan KWSP yang berjumlah ratusan bilion ringgit di luar negara.
Bahkan pada era Datuk Seri Najib Razak pun, Malaysia mengamalkan sistem kadar pertukaran fleksibel dan pasaran kewangan yang mendalam.
Jika berlaku tekanan kecairan, aset swasta dan perbankan sedia ada bertindak sebagai penampan (buffer) kedua yang sangat kukuh. Ekosistem konomi kita tidak lagi hanya bergantung kepada kantung BNM semata-mata seperti era 1990-an.
4. Keupayaan membina rizab terbesar negara
Ini tidak ada sesiapa yang dapat menafikan, dana rizab mutlak negara telah mencecah paras tertinggi dalam sejarah iaitu AS$130.6 bilion.
Hari ini, di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik global, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan tekanan inflasi dunia sepanjang tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, menunjukkan keupayaan Kerajaan MADANI untuk terus mengumpul dan mengekalkan jumlah rizab tunai setinggi ini adalah bukti keyakinan pelabur asing yang tinggi, pengurusan fiskal yang berdisiplin dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang konsisten.
Sudah-sudahlah tu, sampai bila nak manipulasi data dan fakta?
Kalau nak kritik, kritiklah secara berhemah dan tepat tanpa manipulasi. Rakyat bukan untuk diperbodohkan!!!




