Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

GEORGE TOWN – Rasuk kayu yang dimakan anai-anai dikenal pasti menjadi punca kejadian runtuhan struktur di sebuah rumah kedai warisan di Lebuh Armenian, di sini yang mengakibatkan dua pelancong warga Sri Lanka cedera, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H’ng Mooi Lye berkata, pemeriksaan mendapati rasuk kayu bangunan itu telah rosak akibat serangan anai-anai sebelum runtuh.

Susulan kejadian itu, beliau berkata, pihaknya telah meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil inisiatif menjalankan kawalan makhluk perosak di kawasan berkenaan, meskipun penyelenggaraan bangunan adalah tanggungjawab pemilik.

“Kawasan itu berstatus tapak warisan, namun bangunan masih dimiliki pihak swasta. Oleh itu, pemilik perlu bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan bangunan masing-masing.

“Walaupun ia tanggungjawab pemilik bangunan, saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil inisiatif melaksanakan kawalan anai-anai kerana kawasan heritage (warisan) ini merupakan lokasi tumpuan pelancong,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyarankan semua pemilik bangunan mendapatkan khidmat jurutera atau juruukur bangunan secara berkala bagi menjalankan pemeriksaan dan memastikan keadaan struktur bangunan sentiasa berada pada tahap selamat.

Dua pelancong warga Sri Lanka cedera selepas dihempap runtuhan batu dan kayu daripada bahagian rasuk di tingkat satu sebuah bangunan warisan di Lebuh Armenian di sini.

Dalam kejadian jam 1.11 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 66 tahun dan wanita berumur 55 tahun cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, pelancong berkenaan dijadualkan pulang ke negara mereka pada esok.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok