Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

KOTA BHARU – Kehadiran Parti Wawasan Negara tidak dipandang remeh oleh Pakatan Harapan, sebaliknya dianggap sebagai pemangkin untuk memperkukuh gerak kerja parti gabungan itu dalam mendekati rakyat.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, semua parti komponen perlu melipatgandakan usaha bagi membuktikan keupayaan mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih berkesan berbanding parti lain.

Katanya, kehadiran parti baharu sudah pasti tak pandang sambil lewa atau pandang rendah dan seharusnya menjadi pembakar semangat untuk PKR, Amanah, rakan dalam PH.

“Kami bekerja lipat ganda usaha untuk mendekati rakyat, menyelesaikan masalah dan buktikan bahawa kepimpinan dan cara kita menyelesaikan masalah itu jauh lebih baik dari parti lain dan pemimpin.

“Contohnya di Bukit Kiara semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh kata di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) maka masalah yang makan masa 44 tahun mengenai perumahan komuniti akhirnya selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan watikah pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kelantan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menasihatkan semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan supaya berkempen secara sihat serta mengelakkan isu berkaitan 3R, iaitu kaum, agama dan institusi diraja.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau kempen pilihan raya.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

  • By Aden
  • August 4, 2026
Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan