Lelaki dipercayai lemas, rakan selamat akibat terjatuh bot

KUANTAN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti menjaring ikan dengan menaiki sebuah bot bersama rakan di Sungai Kobat, Taman Impian, di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa berusia 26 tahun manakala rakannya yang selamat berumur 24 tahun.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.23 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota bergegas ke lokasi.

“Berdasarkan maklumat yang diterima daripada saksi kejadian, dua lelaki ke Sungai Kobat untuk melakukan aktiviti menjaring dengan menaiki sebuah bot.

“Mangsa terjatuh dan disyaki lemas manakala seorang lagi mangsa selamat. Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Beliau berkata, lima anggota terbabit dalam operasi SAR dan menggunakan sebuah bot.

Menurutnya, Unit Pasukan Penyelamat di Air JBPM turut digerakkan ke lokasi.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak