Inisiatif Harmoni MADANI jadi jambatan perkukuh perpaduan rakyat

KOTA KINABALU – Usaha memperkukuh keharmonian antara penganut agama terus menjadi agenda utama kerajaan menerusi inisiatif Harmoni MADANI bagi membina masyarakat yang bersatu padu, inklusif dan sejahtera selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, inisiatif tersebut digerakkan dengan mengetengahkan empat konsep asas integrasi nasional iaitu Faham, Hormat, Terima dan Meraikan.

“Keempat-empat prinsip ini menjadi tunjang dalam usaha memupuk persefahaman, memperkukuh rasa saling menghormati serta menerima kepelbagaian yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Melalui pendekatan ini, kita bukan sahaja meraikan perbezaan agama, budaya dan adat resam, malah menjadikannya sebagai kekuatan dalam membina sebuah negara yang harmoni dan bersatu,” katanya semasa berucap merasmikan Program Dialog Harmoni 2026 Peringkat Kebangsaan di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Aaron berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik serta tidak banyak negara di dunia mempunyai kepelbagaian seperti yang kita miliki hari ini.

“Kita terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik dan subetnik yang merangkumi Melayu, Cina, India, Orang Asli serta pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak seperti Kadazan Dusun, Bajau, Murut, Iban, Bidayuh, Melanau dan banyak lagi.

“Dari sudut keagamaan pula, Malaysia menjadi rumah kepada penganut Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme dan pelbagai kepercayaan lain yang hidup secara aman sejak sekian lama.

“Inilah wajah sebenar Malaysia. Kepelbagaian bukan kelemahan. Kepelbagaian adalah kekuatan yang menjadi asas kepada kestabilan dan kemajuan negara,” jelasnya.

Tambahnya, cabaran terhadap keharmonian agama kini semakin kompleks seiring perkembangan teknologi digital, termasuk penyebaran maklumat tidak tepat dan berita palsu, ucapan kebencian di media sosial, provokasi berasaskan agama dan kaum serta sikap prejudis terhadap kelompok tertentu.

Tegasnya, fenomena polarisasi sosial yang semakin ketara turut mengecilkan ruang interaksi dan pemahaman antara masyarakat berbeza latar belakang, sekali gus mencetuskan prasangka, ketidakpercayaan dan akhirnya menghakis perpaduan jika tidak ditangani dengan bijaksana.

Turut hadir pada program ialah Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki dan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa