Enam perusahaan terlibat ‘kartel penipuan’ pembekalan makanan berdepan penalti kewangan

PUTRAJAYA – Enam perusahaan berdepan penalti kewangan selepas didakwa terlibat dalam kartel penipuan bida bagi satu tender pembekalan makanan bernilai RM5.7 juta yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Tan Sri Idrus Harun berkata, keputusan cadangan telah dikeluarkan terhadap keenam-enam perusahaan berkenaan atas penglibatan mereka dalam kartel tipuan bida bagi tender pembekalan makanan tersebut.

Menurut beliau, perusahaan-perusahaan itu didapati secara berperingkat telah melanggar Seksyen 4(1) dibaca bersama Seksyen 4(2)(d) dan 4(3) Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

“Hasil siasatan mendapati perusahaan terbabit terlibat dalam perkongsian maklumat serta berpakat dalam penyediaan bidaan mereka.

“MyCC mendapati bahawa perjanjian sedemikian mempunyai objektif untuk menghalang, menyekat atau mengekang persaingan secara ketara berhubung dengan perolehan awam dalam pembekalan makanan mentah, segar dan kering,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Bagaimanapun, Idrus menegaskan, keputusan cadangan tersebut merupakan dapatan awal dan tidak boleh dianggap sebagai bukti konklusif bahawa perusahaan-perusahaan berkenaan telah melanggar Akta 712.

Jelasnya, perusahaan-perusahaan terbabit telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan dan diberi peluang mengemukakan representasi bertulis dalam tempoh 30 hari selepas menerima keputusan cadangan tersebut.

“Mereka juga boleh membentangkan representasi lisan di hadapan Suruhanjaya pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

“Keputusan akhir hanya akan dikeluarkan selepas mempertimbangkansemua representasi serta bukti yang diperoleh sepanjang siasatan siasatan,” katanya

Related Posts

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebanyak 323 buah basikal sewa dalam operasi Tindakan Khas Pengusaha Basikal tanpa lesen dan Halangan Tempat Awam di sekitar Jalan Tembeling,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan status pelunasan zakat bagi pihak pendeposit adalah sah dan dilaksanakan dengan sempurna. TH dalam kenyataan berkata, Jawatankuasa Penasihat Syariah TH dalam mesyuaratnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

  • By Aden
  • August 4, 2026
Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah