140,000 rakyat Sabah terima manfaat SYUKUR

TUARAN – Seramai 140,000 rakyat Sabah akan menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) tahun ini selepas bantuan itu distruktur semula bagi memperluaskan jumlah penerima.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sebanyak RM339.16 juta terlah diperuntukkan bagi program berkenaan dan ia menjadi antara instrumen utama kerajaan negeri dalam usaha membasmi kemiskinan.

“Bantuan SYUKUR kini diberikan pada kadar RM200 sebulan sebagai pelengkap kepada inisiatif Kerajaan Persekutuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Penstrukturan semula program SYUKUR ini membolehkan jumlah penerima diperluaskan daripada 100,000 penerima pada tahun lalu kepada 140,000 penerima pada tahun ini,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Program Outreach SYUKUR, di Dewan Sri Sulaman, di sini, pada Selasa.

Jelasnya lagi, pembayaran bantuan dibuat secara berfasa dengan setiap penerima menerima RM600 secara sekaligus bagi tempoh tiga bulan sama ada melalui akaun bank atau secara tunai.

“Pembayaran Fasa 1 telah dilaksanakan pada 11 Mac lalu, manakala pembayaran Fasa 2 secara dalam talian mula dikreditkan ke akaun penerima pada 23 Mei.

“Bagi pembayaran tunai Fasa 2 akan dibuka dari 18 hingga 23 Jun melibatkan 17,848 penerima yang layak di seluruh Sabah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Program Outreach SYUKUR yang dilancarkan memainkan peranan penting dalam mendekatkan kerajaan dengan rakyat, sekali gus memastikan bantuan dan pelbagai inisiatif yang disediakan dapat disampaikan secara berkesan kepada golongan sasar.

Beliau turut berharap bantuan berkenaan dapat membantu penerima memenuhi keperluan asas keluarga, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan keluarga.

Related Posts

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan kayu bakau bersama tiga kru warga Indonesia selepas disyaki melakukan pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

MIRI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah Miri dan merampas 55 kilogram (kg) dadah methamphetamine dianggarkan bernilai RM2.75 juta dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan