Politik sentimen tidak lagi memadai tarik pengundi

KANGAR – Politik berasaskan sentimen semata-mata dilihat semakin kurang berkesan dalam mempengaruhi pengundi yang kini lebih cenderung menilai fakta, data dan prestasi sesebuah parti politik.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata, rakyat khususnya golongan muda semakin matang dalam membuat penilaian terhadap sesuatu isu.

Katanya, sentimen politik mungkin mampu memberi kesan dalam jangka masa tertentu, namun ia tidak boleh dijadikan sandaran utama untuk meraih sokongan rakyat secara berterusan.

“Saya tidak mengatakan rakyat tidak lagi terpengaruh dengan sentimen politik, tetapi pengaruh itu tidak boleh bertahan lama jika tidak disokong dengan fakta.

“Anak muda hari ini membaca, menilai data dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya selepas sesi taklimat bersama anggota parti di sini.

Menurut beliau, antara cabaran terbesar parti politik ketika ini ialah menyampaikan fakta dengan cara yang mudah difahami rakyat tanpa bergantung sepenuhnya kepada permainan persepsi.

Katanya, kerajaan sebelum ini berdepan pelbagai kritikan ketika melaksanakan beberapa dasar termasuk subsidi bersasar, namun penerangan yang konsisten akhirnya membantu rakyat memahami rasional di sebalik keputusan tersebut.

“Pada peringkat awal ada yang mempertikaikan dan memperlekehkan langkah kerajaan, namun apabila penerangan diberikan secara berterusan, rakyat mula memahami fakta sebenar.

“Sebab itu saya percaya rakyat Malaysia bukan golongan yang tidak membaca atau tidak bijak. Mereka mampu membuat penilaian sendiri,” ujarnya.

Muhammad Izuan berkata, media sosial tetap memainkan peranan penting dalam landskap politik semasa, namun ia bukan satu-satunya medium untuk mendekati pengundi.

Tambahnya, hubungan secara langsung dengan rakyat menerusi gerak kerja lapangan masih menjadi elemen paling penting dalam membina keyakinan pengundi.

“Orang akan ingat siapa yang membantu mereka ketika susah, bukannya semata-mata siapa yang paling banyak muncul di media sosial.

“Justeru, pendekatan turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat perlu terus menjadi keutamaan parti politik,” katanya.

Related Posts

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

PUTRAJAYA– Kenyataan Setiausaha Pemuda MCA, Saw Yee Fung berhubung kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membuktikan sikap Pas sendiri menjadi punca tercetusnya persepsi Islamofobia di Malaysia. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

SEREMBAN – Semua penyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sembilan diingatkan untuk tidak melakukan sebarang bentuk provokasi sepanjang proses penamaan calon bagi memastikan kelancaran urusan berkenaan. Pengerusi Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan