Status pelarian bukan lesen langgar undang-undang, bakal ditangkap jika lakukan jenayah

PUTRAJAYA – Status sebagai pelarian bukan satu lesen untuk membenarkan mana-mana individu atau kumpulan untuk melanggar undang-undang negara ini

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan tidak akan melindungi pelaku jenayah termasuk individu-individu yang memegang status sebagai pelarian di negara ini.

Menurut beliau, apa yang dilakukan KDN pada masa kini dalam menangani isu pelarian adalah untuk memastikan Kerajaan Malaysia mempunyai keupayaan lebih baik bagi menguruskan satu realiti yang telah lama wujud di negara.

“Matlamatnya bukanlah untuk melindungi pelarian tetapi untuk melindungi kepentingan negara, keselamatan rakyat dan ketenteraman awam.

“Mana-mana individu yang melakukan kesalahan jenayah atau melanggar undang-undang negara tetap akan berdepan tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan sewajarnya.

“Kerajaan tidak akan melindungi pelaku jenayah. Kerajaan juta tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Saifuddin menyakini rakyat Malaysia mampu membincangkan isu ini secara matang, rasional dan bertanggungjawab demi kepentingan negara yang kita cintai bersama.

Pada masa sama, beliau mengalu-alukan penglibatan ahli akademik, aktivis masyarakat sivil, badan pemikir, pengamal undang-undang, pakar keselamatan serta pihak memiliki kepakaran dan pandangan membina untuk tampil kemuka cadangan berhubung isu pengurusan pelarian di Malaysia.

“Ia bukan isu baharu sebaliknya merupakan isu legasi yang telah berlarutan sejak sekian lama dan diwarisi merentasi pelbagai pentadbiran namun ia bukan alasan untuk kerajaan masa ini berpeluk tubuh atau mengelak daripada bertindak.

“Kerajaan Madani memilih untuk mengurus isu ini secara bertanggungjawab, berhemah dan berasaskan fakta. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, keutamaan kami tetap jelas memastikan keselamatan rakyat dan negara terus terpelihara, di samping mengambil kira realiti kemanusiaan yang wujud,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, antara cabaran terbesar dihadapi kerajaan dalam menguruskan isu pelarian di negara adalah ketiadaan data yang lengkap dan tepat mengenai individu yang berada dalam kategori pelarian.

Atas sebab itu, menurut beliau, kerajaan sedang melaksanakan proses pengumpulan data dan maklumat biometrik yang lebih menyeluruh.

“Kita tidak boleh mengurus apa yang kita tidak kenal. Kita tidak boleh melindungi keselamatan negara tanpa mengetahui dengan tepat siapa yang berada dalam sempadan negara kita.

“Data yang tepat akan membolehkan kerajaan mengurus pelbagai isu yang berbangkit dengan lebih berkesan, sama ada dari sudut keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, kesihatan awam, pekerjaan mahupun kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya.

Related Posts

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebanyak 323 buah basikal sewa dalam operasi Tindakan Khas Pengusaha Basikal tanpa lesen dan Halangan Tempat Awam di sekitar Jalan Tembeling,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan status pelunasan zakat bagi pihak pendeposit adalah sah dan dilaksanakan dengan sempurna. TH dalam kenyataan berkata, Jawatankuasa Penasihat Syariah TH dalam mesyuaratnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

  • By Aden
  • August 4, 2026
Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah