100 wakil agensi, pelajar sekolah tanam pokok bakau sebagai inisiatif lindungi pesisir pantai

TAWAU – Lebih 100 wakil daripada pelbagai agensi termasuk pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Apas dekat sini menyertai Program Penanaman Pokok Bakau yang dianjurkan Sankina Aquaculture Sendirian Berhad di Kolam Udang mereka yang terletak di Apas Pari, di sini baru-baru ini.

Program tahunan anjuran Sankina Aquaculture yang mengusahakan ternakan udang dan satu-satunya syarikat di Malaysia yang memperoleh sijil pengiktirafan Aquaculture Stewardship Council (ASC).

Pengarah Urusan Sankina Aquaculture, Jenny Ou berkata, inisiatif itu bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun dan Hari Lautan Sedunia pada 8 Jun yang dirai setiap tahun.

“Ketika ini. kami menanam sebanyak 400 anak pokok bakau iaitu 150 anak pokok jenis bakau minyak (Rhizophora Apiculata) yang disumbangkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah manakala 250 lagi merupakan anak pokok bakau api-api (Avicennia Alba) yang diperoleh dari kawasan Bakau berhampiran Kolam Udang Sankina.

“Usaha ini secara langsung memulihkan ekosistem pantai penting yang melindungi kawasan di belakang Kolam Udang Sankina,” katanya kepada The Malaysia Press.

Program berkenaan merupakan inisiatif kolaborasi bersama NichireiFresh Inc, iaitu sebuah anak syarikat teras di bawah Kumpulan Nichirei yang kini menerajui industri makanan premium di Jepun.

Menurut Jenny, kawasan hutan Bakau di Kolam Udang Sankina telah tumbuh semula secara semula jadi dengan anggaran sepanjang satu kilometer dan ketebalan sehingga 200 meter dari pesisir pantai sejak tahun 2010

Hutan paya pokok bakau sering dipandang biasa namun hakikatnya memainkan peranan luar biasa di sepanjang pesisir pantai tropika.

Dikenali sebagai ‘wira semula jadi lautan’, pokok bakau bukan sekadar tumbuhan yang tumbuh di kawasan berlumpur, tetapi benteng hidup yang melindungi manusia, habitat hidupan marin serta penyumbang besar kepada keseimbangan alam sekitar.

Menurut Sistem Maklumat Kepelbagaian Biologi Malausia (MYBIS), jumlah liputan hutan bakau di seluruh dunia adalah 15.62 juta hektar dan daripada jumlah itu, 3.7 peratus atau 577,940 hektar terletak di Malaysia.

Walaupun peratusannya kecil, hutan bakau adalah antara jenis hutan yang paling penting di negara kita dengan kepelbagaian 104 spesies bakau iaitu 38 spesies bakau eksklusif, 57 spesies bakau bukan eksklusif dan 9 spesies sekutu bakau.

Bakau benteng tsunami

Baru-baru ini, kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 di luar perairan Mindanao Selatan Filipina mencetuskan gegaran serantau serta amaran tsunami setempat di sepanjang pantai timur Sabah secara tidak langsung menuntut kepentingan benteng pertahanan pantai semula jadi.

Mengulas lanjut, Jenny berkata, Kolam Udang Sankina yang terletak berhampiran laut menyebabkan kawasan tersebut mudah terdedah kepada hakisan dan Bakau berfungsi sebagai pelindung kawasan tanah Syarikat terbabit.

“pada mulanya kami berasa bimbang apabila menerima laporan mengenai kemungkinan tsunami sebab dari laporan Jabatan Meteorologi, terdapat kemungkinan ombak tsunami setinggi kira-kira 0.4 meter.

“Tapi, sejak awal operasi, kami sentiasa memantau dan memastikan ketinggian benteng perimeter kolam berada pada tahap yang mencukupi supaya sekiranya tsunami yang berlaku tidak terlalu tinggi, operasi kami tidak akan terjejas.

“Kami juga mempunyai zon penampan riparian yang berfungsi sebagai kawasan perlindungan antara kolam ternakan dan alam semula jadi dengan kelebaran hampir 100 meter sebelum kawasan hutan bakau bermula,” ujarnya.

Penanaman Bakau didikan alam untuk murid sekolah

Selain aktiviti penanaman pokok bakau, program ini juga turut diisi dengan taklimat pendidikan interaktif yang dikendalikan oleh WWF Malaysia.

Jenny berkata, sesi tersebut memberi pendedahan kepada murid-murid tahun 6 dari SK Kuala Apas tentang daya tahan iklim dan bagaimana ekosistem bakau yang sihat dapat melindungi komuniti setempat.

“Saya sangat gembira melihat semangat yang ditunjukkan murid yang terlibat dalam program tersebut kerana di sini mereka berpeluang didedahkan kepada alam semula jadi secara langsung, bukan hanya menghabiskan masa dengan permainan digital, sebaliknya turut terlibat secara praktikal dalam aktiviti penanaman bakau.

“Ada dalam kalangan pelajar yang menyatakan minat untuk menceburi bidang tersebut pada masa hadapan, sekali gus menunjukkan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar.

“Harapan kami agar mereka akan terus menjaga dan melindungi alam sekitar pada masa akan datang,” tambahnya.

48 murid itu juga diberi peluang secara praktikal menanam pokok Bakau sekali gus menerapkan amalan penjagaan alam sekitar selain ‘diuji’ dengan permainan mini pengetahuan alam sekitar.

Misi pemulihan Bakau ke destinasi Eko-pelancongan

Perancangan masa depan Sankina Aquaculture berkenaan dengan eko-pelancongan dilihat sangat berpotensi.

Walaupun proses ini mengambil masa kerana melibatkan alam semula jadi, tetapi usaha menanam Bakau dilihat membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Jelas Jenny, antara keunikan kawasan ini ialah kehadiran burung migrasi dari negara seperti New Zealand dan Australia.

“Burung-burung ini akan singgah di Sankina sebelum meneruskan perjalanan ke China atau destinasi lain.

“Kehadiran mereka mengikut musim tertentu iaitu sekitar Mac hingga April serta Oktober hingga November.

“Sepanjang tempoh ini, lebih 170 spesies burung direkodkan singgah, menjadikan kawasan ini seolah-olah seperti ‘Airport’ atau ‘Tower Airport’ bagi burung migrasi itu,” Kongsinya.

Justeru katanya, kawasan itu dirancang untuk dipromosikan sebagai destinasi eko-pelancongan.

“Usaha ini juga supaya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar serta memperkenalkan keunikan burung-burung migrasi kepada orang Ramai termasuk pelawat tempatan dan luar,” tambahnya.

Related Posts

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

SURAH Al-Mulk adalah antara surah yang boleh melepaskan kita daripada azab kubur kerana kelebihan yang terdapat dalam surah ini. Namun ramai tidak tahu tentang kelebihan-kelebihan ini dan akhirnya mereka tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
“Allah Peliharakanlah Terengganu” – hilangnya sebuah simbol, tertangguhnya sebuah kerinduan

ADA sesuatu yang terasa berbeza apabila memasuki bandar raya Kuala Terengganu hari ini. Bagi mereka yang membesar di Terengganu atau pernah berkunjung ke negeri ini sejak tiga dekad lalu, pemandangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia kekal sifar kes malaria manusia tempatan sejak 2018

Malaysia kekal sifar kes malaria manusia tempatan sejak 2018

Malaysia merekodkan sebanyak 33,367 kes denggi, meningkat 20.7 peratus

Malaysia merekodkan sebanyak 33,367 kes denggi, meningkat 20.7 peratus

PKR tidak layan tekanan daripada Wong Chen

PKR tidak layan tekanan daripada Wong Chen

PGA rampas 2,560 pod vape cuba diseludup ke Thailand

PGA rampas 2,560 pod vape cuba diseludup ke Thailand

100 wakil agensi, pelajar sekolah tanam pokok bakau sebagai inisiatif lindungi pesisir pantai

100 wakil agensi, pelajar sekolah tanam pokok bakau sebagai inisiatif lindungi pesisir pantai

Kejayaan JS-SEZ berpotensi ubah corak pengundian di Johor, faktor ekonomi dijangka pengaruhi pilihan rakyat

Kejayaan JS-SEZ berpotensi ubah corak pengundian di Johor, faktor ekonomi dijangka pengaruhi pilihan rakyat