TYT Sarawak hadir Majlis Kesyukuran Hari Keputeraan Agong di Betong

BETONG – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama-sama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak 2026 di Masjid Jamek Betong pada Sabtu.

Majlis berkenaan menghimpunkan barisan pemimpin kerajaan, penjawat awam dan masyarakat Islam setempat sebagai manifestasi penghargaan serta taat setia kepada institusi Raja Berperlembagaan.

Acara dimulakan dengan solat fardu Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan surah Yasin dan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Timbalan Imam Besar Sarawak, Ustaz Muhammad Ihsan Haidzir.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan alunan zikir marhaban oleh Gabungan Kumpulan Zikir Bahagian Betong bagi menambah penghayatan sambutan.

Tun Wan Junaidi bersama-sama para jemaah kemudiannya menunaikan solat fardu Isyak secara berjemaah sebelum berangkat menghadiri jamuan makan malam.

Penganjuran majlis kesyukuran tersebut merupakan antara pengisian utama sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong peringkat negeri yang dipusatkan di Bahagian Betong pada tahun ini.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali