Fun Walk HAWANA 2026 perkukuh hubungan pengamal media dan masyarakat

KUALA LUMPUR – Hampir 2,000 peserta memeriahkan program Fun Walk HAWANA 2026 di Taman Tasik Titiwangsa hari ini bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.

Program yang dianjurkan Kementerian Komunikasi melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) selaku agensi pelaksana itu bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat

Selain itu, menurut bernama, ia sebagai memperkukuh hubungan antara pengamal media dan masyarakat menerusi aktiviti riadah berasaskan komuniti.

“Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program termasuk senamrobik, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan, reruai pameran, aktiviti permainan tradisional serta aktiviti mewarna dan kuiz untuk seisi keluarga.

“Program ini diharapkan dapat terus berperanan sebagai platform yang menyatukan komuniti media dan masyarakat melalui aktiviti yang menggalakkan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kebersamaan, selaras dengan aspirasi sambutan HAWANA 2026,” menurut kenyataan itu.

Acara pelepasan peserta (flag off) berlangsung pada jam 8.00 pagi yang telah disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.

Penganjuran Fun Walk HAWANA 2026 mendapat sokongan daripada 14 rakan strategik yang terdiri daripada sektor korporat dan institusi.

“Termasuk juga Pusat Perubatan Universiti Malaya, Basic Tees, BigBigPlace, Maxim E-Hailing, Cap Kunci, Milo, Extra Joss, Munchy’s Oat Krunch, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), MOMAwater, Yakult, ZUS Coffee, Selangor Fruit Valley dan Sunshine Bakeries,”

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2026, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin; Ketua Pengarang BERNAMA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa kerja HAWANA 2026, Arul Rajoo Durar Raj

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) BERNAMA, yang juga Pengarah Projek HAWANA 2026, Mohd Shukri Ishak bersama-sama pengurusan tertinggi BERNAMA.

Sambutan HAWANA 2026 akan berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, Pulau Pinang, dari 19 hingga 21 Jun ini. Majlis kemuncaknya pada 20 Jun dijadualkan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, HAWANA merupakan acara tahunan yang dianjurkan bagi menghargai sumbangan wartawan dan pengamal media terhadap pembangunan negara di samping mengiktiraf peranan penting mereka dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan berwibawa kepada masyarakat.

Related Posts

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

SHAH ALAM – Siri kemalangan maut membabitkan program RXZ Members dari edisi pertama hingga ke penganjuran kelapan baru-baru ini amat merisaukan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Susulan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

Pengurusan trafik laluan Tebobon-Tamparuli perlu diperkasa demi kelancaran produktiviti

Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang