UNIMAP terima hampir 2,000 pelajar diploma, 649 daripada keluarga B40

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) menerima hampir 2,000 pelajar baharu bagi mengikuti pengajian peringkat diploma untuk Sidang Akademik 2026/2027 yang bermula hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 649 pelajar merupakan anak-anak daripada keluarga golongan B40, sekali gus mencerminkan peranan universiti berkenaan dalam memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada kelompok berpendapatan rendah.

Naib Canselor UNIMAP, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli berkata, kemasukan pelajar baharu itu membuktikan keyakinan masyarakat terhadap institusi berkenaan sebagai universiti teknikal yang mampu menjadi pemangkin mobiliti sosial.

“Kemasukan 649 pelajar daripada golongan B40 pada sesi kali ini menunjukkan UNIMAP terus menjadi pilihan anak-anak yang mahu mengubah masa depan melalui pendidikan.

“Kita mahu memastikan tiada pelajar tercicir daripada mendapatkan pendidikan tinggi hanya kerana kekangan kewangan,” katanya ketika ditemui pada Program Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Sidang Akademik 2026/2027 di sini, hari ini.

Menurut beliau, universiti itu turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk sokongan kewangan, kebajikan, kemudahan penginapan dan program pembangunan pelajar bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus.

Katanya, pendidikan merupakan instrumen terbaik untuk memutuskan rantaian kemiskinan dan membuka peluang kehidupan yang lebih baik kepada generasi muda.

“UNIMAP akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah supaya mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran.

“Matlamat kita adalah melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai kemahiran serta daya saing tinggi untuk memenuhi keperluan industri,” katanya.

Program pendaftaran yang berlangsung sejak awal pagi itu turut menyaksikan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang mengiringi anak masing-masing memulakan kehidupan sebagai warga UNIMAP.

Kemasukan pelajar baharu berkenaan dijangka terus menyemarakkan ekosistem pembelajaran universiti itu selaras dengan aspirasi melahirkan lebih ramai graduan teknikal berkemahiran tinggi untuk negara.

Related Posts

USM dalam kelompok 15 peratus universiti teratas, terbaik dunia

GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) kini berada dalam kelompok 15 peratus universiti teratas atau 350 buah universiti terbaik dunia daripada keseluruhan 2,297 universiti yang dinilai oleh Times Higher…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima individu didakwa dengan 22 pertuduhan berkaitan dokumen palsu baik pulih rumah PPRT

KOTA KINABALU – Empat pemilik syarikat dan seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini, terhadap keseluruhan 22 pertuduhan berkaitan dokumen palsu bagi kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

USM dalam kelompok 15 peratus universiti teratas, terbaik dunia

USM dalam kelompok 15 peratus universiti teratas, terbaik dunia

Lima individu didakwa dengan 22 pertuduhan berkaitan dokumen palsu baik pulih rumah PPRT

  • By Ezmie
  • September 30, 2026
Lima individu didakwa dengan 22 pertuduhan berkaitan dokumen palsu baik pulih rumah PPRT

Pertumbuhan Terengganu susut, dakwaan ekonomi terus kukuh perlu diperincikan

Pertumbuhan Terengganu susut, dakwaan ekonomi terus kukuh perlu diperincikan

Malaysia dijangka terima kunjungan Presiden Mesir, Myanmar minggu depan

Malaysia dijangka terima kunjungan Presiden Mesir, Myanmar minggu depan

Malaysia komited perkukuh daya tahan, kemampanan sektor pelancongan ASEAN

Malaysia komited perkukuh daya tahan, kemampanan sektor pelancongan ASEAN

SAFMA perluas peluang perniagaan dalam sektor perikanan

SAFMA perluas peluang perniagaan dalam sektor perikanan