Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

SIPITANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pembangunan di Sabah mesti dinikmati secara menyeluruh sehingga ke kawasan pedalaman dan daerah terpencil, bukan hanya tertumpu di bandar utama.

Beliau berkata, projek Southern Link MADANI yang dilaksanakan di selatan Sabah membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan manfaat pembangunan sampai kepada seluruh rakyat tanpa mengira lokasi.

Katanya, pembangunan yang hanya tertumpu di bandar tidak akan memberi makna sekiranya masih terdapat kawasan yang berdepan kekurangan kemudahan asas seperti elektrik dan air.

“Projek ini bukan kecil maknanya. Ia menembusi hutan belantara di selatan Sabah. Tetapi, ia (daerah) diberikan ruang, makna pembangunan dalam negara MADANI yang adil ini.

“Kita boleh tumpu dalam isu memacu pertumbuhan yang baik, tetapi kita tahu selagi manfaat ini tidak sampai ke seluruh pelusuk negeri, dari kota yang rancak pembangunannya kepada pelusuk daerah yang paling terpencil, makna pembangunan itu tentunya tidak memberi kesan kepada rakyat di bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Sabah Southern Link MADANI di Kompleks Persatuan Kebudayaan Lundayeh, Sipitang, pada Sabtu.

Anwar turut menyifatkan kepelbagaian budaya dan masyarakat di Sabah sebagai aset penting yang perlu dipelihara seiring dengan agenda pembangunan negara.

“Saya terkesan, apalagi di sini dapat bersama-sama dengan masyarakat suku kaum Lundayeh. Saya terima kasih atas sambutan yang begitu baik, “ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada usaha memastikan pembangunan yang lebih seimbang di Sabah, Sarawak dan seluruh negara.

“Pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan menekankan pendekatan menyeluruh dan saksama, berbeza dengan sesetengah negara yang lebih menumpukan kemajuan di kawasan bandar besar sehingga menyebabkan luar bandar terus ketinggalan dari segi kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan akses kepada air bersih, “tambahnya.

Related Posts

Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

KALABAKAN – Pewujudan koridor hidupan liar perlu diberi perhatian serius sebagai antara langkah jangka panjang bagi mengurangkan konflik antara gajah dan manusia yang berlaku di kawasan Parlimen Kalabakan. Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia ditahan bawa 4 kilogram ganja hidroponik di Chennai

CHENNAI – Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa India selepas dipercayai membawa 4.033 kilogram (kg) ganja hidroponik gred tinggi menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India. Penahanan itu dilakukan pegawai Unit…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

  • By Fatin
  • August 11, 2026
Bina koridor hidupan liar tangani konflik gajah-manusia – Suryady

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

Rakyat Malaysia ditahan bawa 4 kilogram ganja hidroponik di Chennai

Rakyat Malaysia ditahan bawa 4 kilogram ganja hidroponik di Chennai

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN