Pelancaran jentera PH suntik semangat hadapi PRN Negeri Sembilan

SEREMBAN – Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan pada Jumaat disifatkan sebagai pemangkin semangat kepada seluruh jentera gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos depan.

Ahli Dewan Negara, Dr Jufitri Joha berkata, mesej utama yang dibawa dalam majlis berkenaan adalah keperluan mengembalikan mandat kepada rakyat serta memastikan kestabilan pentadbiran negeri terus terpelihara.

Beliau berkata, rakyat perlu diberi keutamaan dan tidak seharusnya menjadi mangsa kepada percaturan politik yang boleh menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri.

Menurutnya, mandat yang lebih kukuh diperlukan bagi membolehkan kerajaan negeri meneruskan agenda pembangunan serta menyumbang kepada kestabilan kerajaan Persekutuan.

“Rakyat sepatutnya diberikan keutamaan untuk mereka dibela dari sudut pentadbiran dan bantuan, bukannya diganggu dengan ketidaktentuan politik.

“Mesej yang disampaikan adalah supaya mandat dikembalikan kepada rakyat dan diperbaharui dengan sokongan yang lebih kuat supaya negeri dapat terus mencipta kecemerlangan serta memperkukuh pentadbiran di peringkat Persekutuan,” katanya ketika ditemui oleh The Malaysia Press (TMP) selepas majlis berkenaan.

Jufitri berkata, negara ketika ini berdepan pelbagai cabaran termasuk isu berkaitan tenaga dan ekonomi yang memerlukan perhatian semua pihak.

Sehubungan itu, beliau berkata, perpaduan masyarakat perlu terus diperkukuh kerana kestabilan dan keharmonian merupakan asas kepada pembangunan ekonomi serta kemakmuran rakyat.

“Sebagai sebuah negara majmuk, kita perlu memberi tumpuan kepada perpaduan kerana kestabilan dan perpaduan adalah kunci kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Kita juga tidak mahu rakyat terus dipecah-belahkan dengan isu berkaitan 3R atau polemik yang sempit sehingga menjejaskan usaha membangunkan negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Hamizan Mohd Bahtiar berkata, pelancaran jentera pilihan raya itu memberikan suntikan semangat kepada seluruh anggota parti untuk memperhebat gerak kerja di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, AMK Negeri Sembilan telah bersedia menghadapi pilihan raya dan akan terus memperkukuh jentera serta mendekati pengundi bagi mempertahankan kerajaan negeri sedia ada.

“Selepas hari ini kita akan terus bergerak memperkuatkan jentera dan turun mendekati pengundi untuk mempertahankan kerajaan Negeri Sembilan.

“Ucapan pimpinan hari ini juga sarat dengan mesej perpaduan dan mengingatkan kita tentang kepentingan mengekalkan keharmonian dalam kalangan rakyat pelbagai kaum,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan, Rosmawaty Muhamad berkata, pelancaran jentera berkenaan turut meningkatkan keyakinan jentera parti untuk menghadapi PRN.

Beliau berkata, persediaan menghadapi pilihan raya sebenarnya telah bermula sejak sebulan lalu dan akan dipergiatkan lagi selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita memang sudah memulakan gerak kerja lebih awal dan selepas pembubaran DUN, usaha itu akan digandakan.

“Kita berharap kerjasama antara semua parti komponen PH dapat dikekalkan sehingga hari pengundian bagi memastikan gabungan ini terus diberi mandat mentadbir Negeri Sembilan,” katanya.

Rosmawaty turut menyuarakan keyakinan bahawa PH berupaya memperoleh majoriti yang lebih selesa pada PRN kali ini, sekali gus membolehkan kerajaan negeri dibentuk tanpa bergantung kepada sokongan pihak lain.

Beliau berkata, sasaran untuk memperoleh sekurang-kurangnya 19 hingga 20 kerusi Dewan Undangan Negeri mampu dicapai sekiranya momentum dan kerjasama dalam kalangan jentera parti terus diperkukuhkan sepanjang tempoh berkempen.

Related Posts

Meskipun kalangan pemimpin wujud perbezaan politik, kerajaan tak amal pendekatan bermusuh – PMX

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mengamalkan pendekatan bermusuhan walaupun mengakui wujud perbezaan politik dalam kalangan pemimpin. Memberi contoh pentadbiran Kerajaan Perpaduan, katanya beliau bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN gagal urus krisis sendiri, jangan heret Anwar jadi kambing hitam – Kamil Munim

KUALA LUMPUR – Cubaan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pergolakan dalaman pembangkang disifatkan usaha mengalihkan perhatian daripada kelemahan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) itu sendiri. Ketua Angkatan Muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zuckerberg akui Meta silap percaturan, janji tiada lagi pemberhentian besar-besaran tahun ini

Zuckerberg akui Meta silap percaturan, janji tiada lagi pemberhentian besar-besaran tahun ini

ADUN Kabong gesa JBALB selesai segera kemelut air Kampung Gerigat

ADUN Kabong gesa JBALB selesai segera kemelut air Kampung Gerigat

Genset menara telekomunikasi Bandar Letat dihenti selepas aduan penduduk

Genset menara telekomunikasi Bandar Letat dihenti selepas aduan penduduk

Perlu wujud mekanisme jelas, tegas atasi lambakan Rohingya

Perlu wujud mekanisme jelas, tegas atasi lambakan Rohingya

Arus deras dipercayai ragut nyawa penjual ikan salai di Kemaman

Arus deras dipercayai ragut nyawa penjual ikan salai di Kemaman

Meskipun kalangan pemimpin wujud perbezaan politik, kerajaan tak amal pendekatan bermusuh – PMX

Meskipun kalangan pemimpin wujud perbezaan politik, kerajaan tak amal pendekatan bermusuh – PMX