PN gagal urus krisis sendiri, jangan heret Anwar jadi kambing hitam – Kamil Munim

KUALA LUMPUR – Cubaan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pergolakan dalaman pembangkang disifatkan usaha mengalihkan perhatian daripada kelemahan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) itu sendiri.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, krisis itu berpunca daripada perebutan kuasa, percaturan politik dan kegagalan pembangkang mengurus perbezaan dalaman, bukannya disebabkan campur tangan kerajaan.

“Orang lain yang rakus mencatur, bermain politik, mewujudkan ketidakstabilan, tikam-menikam, langkah Dubai, langkah Bangkok dan pelbagai langkah sumbang, akhirnya Anwar juga yang dipersalahkan.

“Kalau krisis itu berpunca daripada kelemahan kepimpinan PN sendiri, kenapa perlu mengaitkan orang lain yang tidak ada kena mengena?”

“Marzuki sendiri menyebut tentang pergolakan dalaman pembangkang yang berpunca daripada isu perebutan kerusi. Jadi kenapa Anwar pula yang perlu dipertanggungjawabkan?” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam masa sama, Kamil mendakwa PN dan Muafakat Nasional (MN) telah terbukti sebagai pakatan politik yang gagal kerana tidak mempunyai hala tuju ekonomi serta agenda pembangunan yang jelas untuk rakyat.

“PN dan MN ternyata kedua-duanya adalah pakatan politik yang gagal. Mereka tidak mempunyai pelan ekonomi yang jelas dan agenda pembangunan yang kukuh.

“Sebaliknya, mereka hanya terus menunggang isu kaum dan agama secara sempit sebagai modal politik,” katanya.

Mengulas tumpuan kerajaan ketika ini, beliau berkata Anwar sedang memberi perhatian kepada usaha memperkukuh ekonomi negara serta menarik pelaburan asing demi kesejahteraan rakyat.

“Anwar baru pulang dari Tokyo dan sedang sibuk mengurus negara bagi memastikan ekonomi Malaysia terus kukuh dan berdaya tahan.

“Yang lain-lain juga sibuk, tetapi sibuk dengan percaturan politik, tebuk kapal dan tebuk atap,” katanya.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya dilaporkan membangkitkan isu pergolakan dalaman dalam pembangkang yang dikaitkan dengan perebutan kerusi dan perbezaan strategi serta mengaitkan ia ada kaitan dengan campur tangan Anwar.

Related Posts

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

PAS dilihat mencipta pelbagai naratif dan percaturan politik untuk memastikan parti itu terus relevan serta berada di puncak kuasa, termasuk memainkan watak mangsa dalam kemelut dengan Bersatu, kata Prof Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills