Aminuddin miliki rekod bersih 8 tahun jadi MB – Loke

SEREMBAN – Datuk Seri Aminuddin Harun mempunyai rekod pentadbiran yang bersih sepanjang lapan tahun menerajui Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, kepimpinan Aminuddin yang berintegriti serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat menjadi antara faktor utama Pakatan Harapan (PH) mahu terus mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos depan.

Loke berkata, sepanjang dua penggal mentadbir negeri itu, Aminuddin berjaya mengekalkan pentadbiran yang stabil tanpa terpalit dengan sebarang isu penyalahgunaan kuasa.

“1 Ogos akan datang, kita nak supaya Datuk Seri Aminuddin Harun kembali menerajui Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar.

“Tok Min dah jadi MB lapan tahun. Kalau dia salah guna kuasa, kita juga akan jatuhkan dia. Tapi Tok Min adalah seorang Menteri Besar yang bersih, yang pro-rakyat, yang jaga kebajikan rakyat Negeri Sembilan. Kita sokong Tok Min sebagai Menteri Besar,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, di sini.

Beliau berkata, rakyat Negeri Sembilan wajar menilai rekod pentadbiran kerajaan negeri sebelum membuat keputusan pada pilihan raya nanti.

Menurutnya, kestabilan politik yang dinikmati negeri itu ketika ini perlu dipertahankan bagi memastikan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat dapat diteruskan.

Loke turut mendakwa terdapat pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan politik negeri melalui usaha mengambil alih pentadbiran kerajaan tanpa mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

Katanya, tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengembalikan mandat kepada rakyat adalah langkah yang lebih wajar berbanding membentuk kerajaan menerusi kaedah pintu belakang.

“Orang Negeri Sembilan, kita tolak kerajaan pintu belakang. Betul? Kita lebih rela bubarkan Dewan, kembalikan mandat kepada rakyat. Biar rakyat jadi hakim. Biar rakyat menentukan segala-galanya.

“Jadi 1 Ogos yang akan datang ini, kita memberikan mandat semula kepada rakyat. Kita pohon, kita meminta, kita berharap rakyat negeri Sembilan kembalikan kerajaan, mandat kerajaan kepada Pakatan Harapan,” katanya.

Dalam pada itu, Loke berkata DAP akan terus mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang parti itu tanpa menuntut pertambahan kerusi dalam rundingan pembahagian kerusi PH.

Beliau berkata, kesemua 11 wakil rakyat DAP akan terus memberikan sokongan kepada Aminuddin untuk menerajui pentadbiran negeri sekiranya PH memperoleh mandat semula daripada rakyat.

“DAP kekal lawan mempertahankan 11 kerusi yang ada. Dan kita iktiharkan, kita akan berusaha kekalkan 11 kerusi ini. 11 undi Adun daripada DAP akan menyokong Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar,” katanya.

Pada masa sama, Loke mengumumkan beliau akan turut bertanding dalam PRN Negeri Sembilan bagi membantu memperkukuh kempen PH dan memastikan kemenangan gabungan itu pada pilihan raya berkenaan.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar