Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

SERI ISKANDAR – Seorang lelaki tempatan maut dipercayai akibat ditikam dalam satu kejadian pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.49 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa, seorang lelaki Melayu berusia 29 tahun, mengalami kecederaan dipercayai akibat ditikam ketika terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang telah dikenal pasti identitinya.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek telah melarikan diri sejurus selepas kejadian menggunakan sebuah kereta Proton Wira sedan berwarna hitam bernombor pendaftaran WGX 3707.

“Polis sedang giat mengesan suspek dan menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau keberadaan suspek diminta tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, ASP Murugan A/L Suppiah di talian 012-6992784 atau Insp. Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran.

Polis turut menghargai kerjasama orang ramai dalam membantu siasatan serta usaha mengesan suspek bagi memastikan kes berkenaan dapat diselesaikan dengan segera.

Related Posts

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

KERIAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan peruntukan berjumlah RM467,532 kepada komuniti nelayan di Perak Zon Utara menerusi pelbagai program pembangunan, kebajikan dan perumahan bagi meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

TELUK INTAN – Sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga asing ditahan dan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak selepas dikesan melakukan pelbagai pelanggaran undang-undang jalan raya dalam Operasi Pemandu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?