Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

BINTULU – Penganjuran Program Satelit Program MADANI Rakyat (PMR) KEMAS Tahun 2026 Siri 3 dengan kerjasama komuniti setempat menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Thomas Nyaring berkata, program seumpama itu bukan sahaja menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti kemasyarakatan, malah berperanan mengeratkan hubungan antara rakyat dan agensi kerajaan.

Menurut beliau, program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keharmonian masyarakat serta mewujudkan suasana yang kondusif bagi pembangunan komuniti di peringkat akar umbi.

“Program seperti ini amat bermakna kerana berjaya menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam suasana yang harmoni, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Datuk Majang Renggi pada Program Satelit Program MADANI Rakyat (PMR) KEMAS Tahun 2026 Siri 3 yang diadakan di Ruai Rumah Panjang Renggan Anak Jaraw, Jalan Tanjung Kidurong, Samalaju pada Selasa.

“Kerjasama erat antara komuniti dan agensi kerajaan perlu terus diperkasakan bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa diberi perhatian. Hubungan yang kukuh dalam kalangan masyarakat mampu menyumbang kepada peningkatan taraf hidup melalui budaya saling membantu, memahami dan bekerjasama,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada KEMAS Bahagian Bintulu atas kejayaan menganjurkan program tersebut serta berharap inisiatif seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha memperkukuh perpaduan dan memacu pembangunan masyarakat di Sarawak.

Turut hadir ialah Pegawai KEMAS Bahagian Bintulu, Muhammad Iqbal Abdullah, Ketua Balai Bomba Kidurong, Rary Binjie; Penghulu Samalaju, Man Imbak serta Tuai Rumah Renggan Jaraw.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu