MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

TAWAU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat susulan aduan yang diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta penduduk setempat berhubung masalah liputan selular di kawasan berkenaan.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya telah mengadakan lawatan ke kampung tersebut baru-baru ini bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tinagat bagi menilai sendiri keadaan perkhidmatan telekomunikasi yang diterima oleh penduduk.

Menurut kenyataan itu, sesi pengujian kualiti liputan dan prestasi perkhidmatan telekomunikasi telah dijalankan di tiga lokasi yang dikenal pasti di kawasan berkenaan.

“Hasil pengujian Wireless Broadband Access Service (WBAS) mendapati dua daripada tiga lokasi ujian tidak memenuhi standard mandatori yang ditetapkan oleh MCMC.

“Dapatan tersebut telah diserahkan kepada penyedia perkhidmatan yang terlibat pada 29 Mei lalu untuk tindakan lanjut.

“Sehubungan itu, penyedia perkhidmatan berkenaan diberikan tempoh tujuh hari bekerja untuk mengemukakan maklum balas serta pelan tindakan bagi menangani isu yang dikenal pasti,” kongsi kenyataan tersebut, pada Isnin.

Menurut MCMC, notis di bawah Seksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikeluarkan kepada mana-mana penyedia perkhidmatan yang gagal mengemukakan maklum balas dalam tempoh ditetapkan.

“Bagi memastikan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan segera, MCMC turut mengarahkan syarikat telekomunikasi yang terlibat mengambil tindakan sewajarnya di kawasan terjejas.

“CelcomDigi telah diarahkan untuk melaksanakan langkah penambahbaikan liputan rangkaian selain mengemukakan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang, manakala Maxis diarahkan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di tapak menara telekomunikasi Kampung Tinagat.

“MCMC komited untuk terus memantau pelaksanaan tindakan penambahbaikan oleh penyedia perkhidmatan bagi memastikan isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan dengan berkesan.

“Usaha ini penting bagi memastikan penduduk Kampung Tinagat dapat menikmati perkhidmatan telekomunikasi yang lebih stabil, berkualiti dan memenuhi keperluan harian masyarakat setempat,” menurut kenyataan itu.

Pada 28 Mei lepas, Nizam yang juga Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, melahirkan rasa kesal apabila berdepan gangguan panggilan telefon bimbitnya terputus secara tiba-tiba ketika melalui kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tinagat.

Katanya, keadaan tersebut memberi kesan kepada hampir 10,000 penduduk di Batu Payung dan Tinagat yang bergantung kepada capaian internet untuk urusan harian termasuk pendidikan serta aktiviti ekonomi digital.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik