MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan pelbagai insentif dan aktiviti menarik kepada warga kota sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38, termasuk diskaun 50 peratus kompaun lalu lintas, parkir percuma dan perkhidmatan bot percuma di Taman Rekreasi Gunung Lang.

MBI dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran diskaun kompaun lalu lintas itu akan berlangsung selama sebulan bermula 18 Jun hingga 18 Julai 2026.

Selain itu, kemudahan parkir percuma turut diberikan kepada orang ramai selama tiga hari melibatkan seluruh kawasan Bandar Raya Ipoh bermula 19 hingga 21 Jun.

Menurut kenyataan itu, pengunjung juga berpeluang menikmati perkhidmatan bot percuma di Taman Rekreasi Gunung Lang selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Jun.

“Jom warga Ipoh khususnya hadir memeriahkan pelbagai program menarik yang telah disusun sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38.

“Tema sambutan tahun ini ialah Menjulang Aspirasi, Bandar Raya Bestari,” menurut kenyataan tersebut pada Isnin.

Dalam pada itu, warga bandar raya turut berpeluang menikmati penggunaan kemudahan fasiliti sukan secara percuma di Kompleks Sukan MBI sepanjang 19 hingga 21 Jun.

MBI turut mengajak orang ramai hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan sambutan yang dijadual berlangsung sepanjang bulan Jun.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun antaranya larian komuniti, ceramah agama, karnival, kolokium, Jualan Rahmah, pop-up market serta pelbagai program lain yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Kemuncak sambutan dijangka berlangsung pada penghujung Jun menerusi penganjuran Ipoh Low Carbon Day dan Pertandingan Deko Piknik, yang membawa mesej pemeliharaan alam sekitar, pembudayaan gaya hidup sihat serta pengukuhan semangat komuniti dalam kalangan warga bandar raya.

MBI turut memaklumkan bahawa semua tarikh, masa dan lokasi program adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik