Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun

MIRI  Sarawak Water akan melaksanakan kerja-kerja membaik pulih paip utama di Batu 7, Jalan Miri-Bintulu bermula 10 Jun ini (Rabu), yang akan menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar daerah ini.

Menurut kenyataan rasmi Sarawak Water, kerja pembaikan tersebut perlu dilaksanakan susulan pengesanan kebocoran pada sistem paip utama. 

Penutupan sementara bekalan air amat diperlukan bagi membolehkan kerja membaik pulih dijalankan dengan selamat dan berkesan.

Gangguan bekalan air dijadualkan bermula pada pukul 5.00 petang, 10 Jun 2026 (Rabu) dan dijangka berakhir pada pukul 8.00 malam, 11 Jun 2026 (Khamis). 

Tempoh gangguan secara keseluruhannya dianggarkan memakan masa selama 27 jam, manakala pemulihan bekalan air dijangka mengambil masa sehingga 12 jam secara berperingkat selepas kerja-kerja pembaikan selesai sepenuhnya.

Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Krokop, Jee Foh, Jalan Bulan Sabit, Piasau, Pulau Melayu, Taman Bayshore, Pujut, Vista Perdana, Desa Bahagia, Permyjaya, Southlake, Tudan, Senadin, Lutong, Kuala Baram, Kampung Masjid, Sungai 7, dan Lambir. Turut mengalami gangguan bekalan air ialah Taman Jelita, Taman Tunku, Jalan Engkabang, Sungai Dalam, Eastwood, Hilltop, Riam, Taman Delight, serta kawasan Bakam.

Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, pihak Sarawak Water akan menggerakkan lori tangki untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan yang terjejas sepanjang tempoh gangguan tersebut. 

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya sebelum gangguan bermula dan menggunakan air secara berhemah.

Sarawak Water turut mengingatkan pengguna agar mendapatkan maklumat terkini hanya melalui saluran rasmi syarikat bagi mengelakkan kekeliruan akibat penyebaran berita yang tidak sahih. 

Sebarang pertanyaan, aduan atau kecemasan boleh disalurkan terus kepada talian Khidmat Pelanggan 24 Jam Sarawak Water di 085-426 626.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil