Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

SHAH ALAM – Dakwaan tular mengenai sebuah kapal terbang yang kononnya tersadai berhampiran Sungai Kandis, Sungai Klang di Seksyen 36 di sini disahkan tidak benar.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan yang dijalankan pihak polis di lokasi berkenaan mendapati tiada sebarang pesawat seperti yang didakwa dalam hantaran media sosial tersebut.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat mengenai hantaran tular di Facebook itu kira-kira jam 11.55 pagi Ahad sebelum menjalankan operasi pengesanan dan pemeriksaan di kawasan yang dinyatakan.

“Pencarian telah dilakukan di sekitar lokasi berdasarkan koordinat yang dipaparkan dalam hantaran berkenaan.

“Hasil semakan mendapati tiada sebarang pesawat tersadai seperti yang disebarkan oleh pemilik akaun terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya.

Katanya, penyebaran berita palsu dan spekulasi boleh mencetuskan kegusaran serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada sumber rasmi sebelum berkongsi sebarang maklumat di media sosial,” katanya.

Related Posts

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

KUCHING – Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) dan Plaza Merdeka Management Sdn Bhd (Plaza Merdeka) memeterai kerjasama strategik melalui pemeteraian Surat Niat (LoI) bersempena dengan penganjuran pameran iPROTECH 2026 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’ ?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’ ?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air