Anwar sudah buktikan mampu urus negara, kekalkan kestabilan politik

PUTRAJAYA – Keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kestabilan politik sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai manifestasi kematangan institusi politik Malaysia dalam mengurus perbezaan dan membina konsensus dalam landskap politik yang kompleks.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban, Dr Mazlan Che Soh berkata,
ukuran sebenar kejayaan seseorang Perdana Menteri bukan sekadar keupayaannya untuk kekal berkuasa, tetapi sejauh mana pemimpin itu berjaya menukarkan kestabilan politik kepada reformasi institusi yang berkekalan.

Dalam hal ini, beliau menjelaskan, Anwar berjaya melepasi fasa pertama iaitu menstabilkan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun fasa kedua yang lebih sukar ialah menterjemahkan kestabilan tersebut kepada perubahan struktur yang dapat dirasai rakyat.

“Pengalaman politik negara sejak PRU15 menunjukkan kerajaan campuran mampu berfungsi secara lebih stabil berbanding tanggapan sebelum ini yang sering mengaitkan pertukaran kerajaan dengan krisis politik.

“Kerajaan Perpaduan yang dibentuk berjaya mengelakkan ketidaktentuan politik yang berlarutan, tetapi pada masa yang sama memerlukan banyak kompromi politik,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Tambahnya, persoalan yang wajar ditimbulkan ialah sama ada kompromi tersebut memperkukuh agenda reformasi atau sebaliknya memperlahankan beberapa pembaharuan yang pernah dijanjikan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, Anwar perlu memastikan pentadbirannya meninggalkan legasi yang boleh diukur melalui reformasi institusi dan pengukuhan daya saing negara dan bukan lagi soal mempertahankan kedudukan sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, usaha terbabit merangkumi peningkatan produktiviti ekonomi, pemerkasaan integriti tadbir urus serta pembinaan kapasiti negara untuk berdepan cabaran masa hadapan.

“Sejarah lazimnya tidak menilai pemimpin berdasarkan tempoh mereka memegang jawatan, tetapi berdasarkan perubahan yang berjaya mereka tinggalkan kepada negara.

“Selepas hampir empat tahun mentadbir negara, persoalan utama kini bukan lagi sama ada Anwar mampu bertahan sebagai Perdana Menteri.

“Sebaliknya sama ada kestabilan politik yang dibinanya mampu diterjemahkan kepada reformasi yang terus kekal selepas berakhirnya era pentadbirannya. Disitulah ukuran sebenar kejayaan seorang negarawan,” katanya.

Related Posts

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

KOTA KINABALU – Keputusan Anthony Loke untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan disifatkan sebagai langkah sukar yang mencerminkan kepimpinan berteraskan prinsip tanpa mengabaikan kepentingan pentadbiran kerajaan. Pengarah Dasar Kebangsaan DAP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

KERAJAAN perlu menjelaskan dengan tuntas apakah peruntukan undang-undang yang menjadi sandaran untuk melaksanakan keputusan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak. Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, persoalan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003