PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah tegaskan belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung penggunaan logo atau bentuk kerjasama politik yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang.

Ketua Penerangan PH Sabah, Datuk Chan Foong Hin berkata, laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa PH Sabah mungkin bertanding menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah mengelirukan dan tidak menggambarkan kedudukan sebenar gabungan itu.

“Sehingga kini, tiada sebarang perbincangan atau keputusan rasmi dimuktamadkan oleh PH Sabah berkaitan penggunaan mana-mana logo atau bentuk kerjasama pilihan raya.

“Sebarang keputusan hanya akan diumumkan melalui saluran rasmi apabila tiba masanya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Daily Express bertajuk “PH Sabah mungkin tanding bawah GRS/Sabah PH may contest under GRS” yang diterbitkan pada 7 Jun lepas.

Menurut Chan, PH Sabah sentiasa mengutamakan kestabilan politik, kemajuan ekonomi serta kebajikan rakyat negeri itu dalam setiap pertimbangan yang dibuat.

“Segala keputusan berkaitan kerjasama politik dan strategi pilihan raya akan ditentukan berasaskan prinsip tersebut bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan untuk rakyat Sabah.

“Sehubungan itu, adalah tidak tepat untuk membuat kesimpulan bahawa PH Sabah telah memutuskan untuk bertanding menggunakan mana-mana logo tertentu,” tegasnya.

Pada masa sama, katanya, PH Sabah tidak menolak sebarang kemungkinan yang boleh dipersetujui bersama oleh pihak-pihak terlibat sekiranya ia membawa manfaat kepada rakyat serta menjamin kestabilan negeri.

Beliau turut berharap semua pihak, termasuk media, dapat melaporkan perkara itu secara tepat dan tidak membuat tafsiran yang mendahului proses perbincangan yang masih berjalan.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Hasrat baiki telefon bertukar tragedi, wanita dakwa dirogol ‘barber’

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Hasrat baiki telefon bertukar tragedi, wanita dakwa dirogol ‘barber’

Bantuan usahawan diperluas ke luar bandar ‎

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Bantuan usahawan diperluas ke luar bandar ‎

Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta