Tragedi 6 sekeluarga maut: 5 jenazah dibawa ke Masjid Jamek Al-Abidi

SUNGAI PETANI – Jenazah lima sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan dengan lori tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini semalam telah selesai dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Jenazah tersebut ialah Ahmad Syafiq Ahmad Shukri, 29, seorang anggota polis, isterinya, Jamaliah Sannusi, 29, serta bayi mereka, Ahmad Mikail yang berusia 2 bulan.

Dua lagi jenazah ialah adik Ahmad Syafiq, Ahmad Fahim, 21, pemilik Proton X50 berkenaan yang bekerja sebagai jurujual di kedai telefon serta ibu mereka, Nora Mohd. Husin, 55.

Kesemua jenazah kemudian dibawa ke Masjid Jamek Al-Abidi di Simpang Tiga Pasir, Merbok di sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam di situ.

Lima jenazah itu dikebumikan pada pukul 11 pagi ini.

Terdahulu, jenazah anak saudara Ahmad Syafiq iaitu Iskandar Affan Ibrahim, 7, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang, Penaga, Pulau Pinang kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Terdahulu, media melaporkan enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 2 bulan maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 dan lori muatan tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini kira-kira pukul 3.45 petang semalam.

Mangsa yang terkorban ialah pemandu kenderaan itu, Ahmad Syafiq yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Balai Polis Nibong Tebal.

Turut maut ialah isterinya, Jamaliah yang merupakan seorang jururawat, serta bayi mereka, Ahmad Mikail yang baru berusia 2 bulan. Seorang lagi anak pasangan itu, Aulia Sofea, 3, dilaporkan cedera parah pada bahagian muka.

Tiga lagi mangsa yang maut ialah Ahmad Fahim, Nora Mohd. Husin serta Iskandar Affan yang merupakan anak saudara kepada Ahmad Syafiq.

Related Posts

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

KOTA SAMARAHAN – Tiga penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan IC Design Competition 2025 (ICDC25) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

KOTA KINABALU – Sabah merekodkan 484,699 ketibaan pelawat dari China bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, meningkat 25.5 peratus berbanding 386,217 ketibaan dalam tempoh sama pada tahun lalu. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini