UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara dalam talian bagi Semester 1 Sesi 2026/2027.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat universiti berkenaan, keputusan itu dibuat selaras dengan arahan terkini pengurusan universiti bertarikh 4 Jun 2026.

“Langkah berkenaan mengambil kira cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) supaya institusi pengajian tinggi mempertimbangkan pelaksanaan PdP secara dalam talian bagi tempoh enam bulan akan datang.

“Cadangan ini merupakan satu langkah strategik untuk membantu mengurangkan penggunaan tenaga khususnya petrol dan diesel dalam kalangan pelajar dan pensyarah, selaras dengan keperluan pengurusan kesan krisis geopolitik semasa terhadap negara,” menurut kenyataan tersebut, pada Jumaat.


Tambah UMS, pelajar yang telah membuat persiapan perjalanan lebih awal termasuk menempah tiket penerbangan dan penginapan hotel untuk tujuan pendaftaran masih dibenarkan hadir ke kampus mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Manakala, pelajar yang memilih untuk meneruskan pendaftaran secara fizikal juga dibenarkan berada di kampus sepanjang tempoh pengajian mereka.

“Walau bagaimanapun, PdP bagi Program Asasi Teknologi Maklumat dan Asasi Sains Sosial akan tetap dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bagi Semester 1 Sesi 2026/2027,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kemudahan penginapan akan disdiakan kepada pelajar yang menghadapi masalah capaian internet di kawasan kediaman masing-masing.

“Pelajar yang berdepan capaian internet lemah atau tidak stabil boleh memohon untuk tinggal di asrama atau hostel universiti bagi membolehkan mereka mengikuti sesi pembelajaran dalam talian dengan lebih kondusif.

“Permohonan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada pejppst@ums.edu.my dengan melampirkan bukti tempahan awal tiket penerbangan atau hotel atau dokumen yang menyokong masalah capaian internet di kawasan kediaman.

“Pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian hanya melibatkan Program Asasi Teknologi Maklumat dan Asasi Sains Sosial kerana kedua-dua program tersebut tidak melibatkan aktiviti amali atau makmal serta boleh dilaksanakan sepenuhnya secara maya,” kongsi kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, pihak universiti turut mengingatkan pelajar kedua-dua program asasi berkenaan masih diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan (Medical Check-Up) dan dokumen berkaitan perlu dihantar kepada pihak universiti melalui e-mel yang ditetapkan.

Sementara itu, UMS turut memaklumkan isu berkaitan yuran pengajian dan yuran asrama masih dalam penelitian pihak universiti bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat adalah adil dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS melalui talian 088-320000 sambungan 212700 atau e-mel pejppst@ums.edu.my.

Terdahulu, tular di laman-laman sosial berkenaan arahan pelaksanaan MSM dan PdP secara dalam talian bagi pelajar Asasi Teknologi Maklumat dan Asasi Sains Sosial yang mencetuskan kegelisahan pelajar terutamanya dari Semenanjung dan Sarawak yang dijadualkan melapor diri secara fizikal pada 14 Jun depan.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk