Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus dalam kenyataan memaklumkan, pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos perlu mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan mengundi secara pos.

“Semua permohonan undi pos hendaklah dibuat secara dalam talian (online) di pautan https://myspr.spr.gov.my.

“Permohonan undi pos bagi semua kategori iaitu Kategori 1A (Anggota Polis, Anggota Tentera, Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, dan Petugas Media), Kategorl 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara), dan Kategori 1C (agensi/organisasi) telah dibuka mulai Jumaat, 5 Jun 2026,” menurut kenyataan itu.

Tarikh tutup permohonan undi pos bagi semua kategori akan dimaklumkan kemudian, manakala sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh diajukan melalui talian 03-88927080 atau e-mel ke upup@spr.gov.my.

Terdahulu, SPR memaklumkan bahawa suruhanjaya itu sudah menerima notis rasmi berhubung pembubaran Dewan Negeri Johor ke-15 pada 2 Jun menerusi Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Related Posts

Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ADUN Gombak Setia bebas tuduhan kenyataan timbulkan kegusaran awam

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam di TikTok. Majistret Nurul Izzah Hasan Basri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM