Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

PASIR MAS – Lapan pemilik bot dan tekong didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 19,836.768 liter diesel tanpa permit sah di Kampung Geting, Tumpat pada 12 April lalu.

Tertuduh ialah Muhamad Haika Dalwis, Haziq Haiqal Bahrom, Muhammad Nor Haffizi Azhar, Ahmad Fahami Sukrie Mohamad, Mohd Shahrul Azan Ismail, Mohd Raffi Ramli, Zawawi Zakaria dan Mohd Zurin Yahya.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memiliki barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel dalam empat vesel yang menimbulkan syak munasabah, sekali gus melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 4.53 hingga 4.55 petang di Pengkalan Nazori, Kampung Geting, Tumpat.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Siti Edabayu Subhan dan Muhammad Iman Masjuri, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Azrul Hasyimi Mohammad.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh atas faktor kes serius, namun pihak pembelaan memohon jumlah minimum.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM4,000 kepada dua tertuduh iaitu Ahmad Fahami dan Muhamad Haika, manakala enam yang lain masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 2 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

Foto: Metro

Related Posts

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

IPOH – Pemandu kereta yang dipercayai menjadi punca kemalangan mengorbankan dua remaja perempuan di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, petang Ahad, didapati positif dadah jenis benzodiazepine. Ketua Polis Daerah Hilir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jangan belunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

‘Jangan belunjur sebelum duduk’, Kamarul Arifin mahu politik beradat di Seri Menanti

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PKR tidak perlu bersaing jadi ‘lebih Melayu’ daripada UMNO, Bersatu – Saifuddin

PKR tidak perlu bersaing jadi ‘lebih Melayu’ daripada UMNO, Bersatu – Saifuddin

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Limpahan pemerkasaan ekonomi dinantikan penduduk Port Dickson

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan