Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia mencapai perkembangan positif dalam beberapa isu lama berkaitan sempadan darat dan maritim yang dijangka dibawa ke Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia untuk dimuktamadkan oleh pemimpin kedua-dua negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, perkara itu merupakan antara hasil utama Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Kerjasama Dua Hala Malaysia-Indonesia (JCBC) Ke-17 yang diadakan bersama Menteri Luar Indonesia, Sugiono, di Jakarta hari ini.

Menurut beliau, isu-isu berkenaan kini berada pada peringkat akhir perbincangan dan diyakini dapat dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk pertimbangan kedua-dua pemimpin negara.

“Ada juga isu lama perbatasan darat dan maritim yang saya yakin dan saya lihat di peringkat terakhir untuk kami bawa kepada perbincangan dan persetujuan kedua-dua pemimpin semasa rundingan tahunan nanti,” katanya pada sidang media bersama selepas mesyuarat itu.

Mohamad berkata, secara keseluruhannya mesyuarat JCBC Ke-17 berjaya mencapai beberapa persetujuan penting yang berpotensi memperkukuh hubungan strategik antara Malaysia dan Indonesia.

Beliau menyifatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara ketika ini berada pada tahap yang sangat baik dengan hanya beberapa isu tertunggak yang masih memerlukan perhatian dan penyelesaian bersama.

“Hubungan akrab dan baik antara kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia saya anggap dah 98 peratus baik. Dua peratus itu adalah isu-isu, simpul-simpul yang saya sebutkan perlu kita lakukan,” katanya.

Selain isu sempadan, mesyuarat tersebut turut membincangkan kebajikan rakyat Indonesia yang tinggal dan bekerja di Malaysia, termasuk akses kepada pendidikan untuk anak-anak mereka.

Mohamad menegaskan bahawa hak mendapatkan pendidikan merupakan hak asasi yang perlu diberikan perhatian selaras dengan prinsip yang dipersetujui di peringkat antarabangsa.

“Bagi kami, hak pelajaran ialah hak manusia di bawah konvensyen antarabangsa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Indonesia turut mencadangkan agar peluang pekerjaan untuk rakyat negara itu di Malaysia diperluaskan ke sektor lain yang memerlukan tenaga kerja, khususnya dalam bidang perawatan dan penjagaan kesihatan.

“Itu akan kami bincangkan di peringkat kami kerana ia di luar bidang Kementerian Luar, ia di bawah Kementerian Kesihatan. Tetapi saya berkeyakinan bahawa itu satu cadangan yang baik untuk kita juga kebaikan kepada industri kesihatan Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Mohamad turut memaklumkan bahawa Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dijangka diadakan antara Ogos hingga penghujung tahun ini.

Rundingan tersebut dijangka menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik kedua-dua negara serta menyelesaikan beberapa isu tertunggak yang masih dalam perbincangan.

Related Posts

Malaysia, Indonesia perkukuh komitmen tingkatkan perdagangan intra-ASEAN

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia menekankan kepentingan memperkukuh perdagangan serta pelaburan dalam kalangan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan daya tahan ekonomi serantau berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Menteri Luar, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kenakan kompaun RM200,000 terhadap penyebar maklumat palsu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun berjumlah RM200,000 terhadap lapan individu yang didapati menyebarkan hantaran palsu berkaitan krisis bekalan global melalui pelbagai platform media sosial.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian