Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Beliau berkata, kertas siasatan perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) secepat mungkin bagi membolehkan proses perundangan dijalankan tanpa sebarang kelewatan.

Menurutnya, tindakan pemandu yang dipercayai memandu secara melulu sehingga mengakibatkan tragedi berkenaan merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Pemanduan sebegini adalah tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama semua pengguna jalan raya. Lesen memandu bukan kebenaran untuk memandu sesuka hati sehingga menyebabkan malapetaka kepada orang lain yang tidak berdosa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai tragedi yang sepatutnya tidak berlaku.

“Takziah kepada keluarga mangsa. Tragedi ini amat menyedihkan dan tidak seharusnya berlaku sekiranya semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta mengutamakan keselamatan,” katanya.

Dalam kejadian tengah hari Isnin itu, empat individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun daripada sebuah keluarga maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Simpang Renggam.

Polis percaya kemalangan tersebut berpunca daripada tindakan dua pemandu kereta mewah yang memandu dengan laju dan berbahaya sebelum berlaku pelanggaran melibatkan beberapa kenderaan lain.

Seorang daripada pemandu kereta mewah terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, manakala seorang lagi pemandu berusia 19 tahun telah ditahan reman selama dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan mengundang kemarahan orang ramai selepas rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan dua buah kenderaan dipercayai dipandu secara agresif dan berkelajuan tinggi sebelum tragedi itu berlaku.

Related Posts

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia