Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pemilihan calon perlu mengambil kira pandangan semua parti komponen gabungan itu, termasuk MCA dan MIC.

“Onn Hafiz sudah mengemukakan senarai calon tetapi kita harus menghormati calon yang turut disenaraikan oleh Presiden MCA dan MIC.

“Kita akan memuktamadkan calon untuk bertanding pada PRN Johor selepas perbincangan dengan presiden parti komponen BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB) 2026 di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, senarai penuh calon BN bagi semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan diumumkan sebelum hari penamaan calon.

Menyentuh andaian bahawa BN mempunyai laluan mudah untuk memperoleh kemenangan besar pada PRN kali ini, beliau menegaskan kejayaan hanya dapat dicapai melalui gerak kerja berkesan dan komitmen seluruh jentera parti.

Katanya, kekuatan organisasi pilihan raya serta pelaksanaan pelbagai dasar dan inisiatif kerajaan negeri di bawah kepimpinan Onn Hafiz menjadi antara faktor yang mampu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BN.

“Tiada kemenangan mudah, sebaliknya kemenangan akan diterjemahkan hasil kerja keras dan tersusun semua jentera pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa Onn Hafiz dipilih sebagai ‘poster boy’ BN untuk menghadapi PRN Johor.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan perkara berkenaan masih tertakluk kepada perkenan pihak istana.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman