Kereta terbabas, empat cedera dalam kemalangan di Jalan Pegong

LIMBANG – Empat individu cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan kendiri di Jalan Pegong, di sini, pada Selasa.

Kejadian kira-kira jam 5.52 petang itu melibatkan sebuah kenderaan yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi jalan.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 7 Limbang, Ramlan Merajan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang terbabas ke tepi jalan.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, anggota bomba kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan sebelum membawa mereka ke Hospital Limbang menggunakan kenderaan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi menyelamat diketuai oleh PBK I Dzuriman Suhaini dengan kekuatan lima anggota, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan EMRS.

Punca kemalangan masih belum diketahui dan kes diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar