Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

KANGAR – Polis mengambil keterangan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah serta merampas selaras senapang patah dan sembilan butir peluru jenis buckshot berhubung insiden tembakan ke arah seekor lembu yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam pada pukul 4.51 petang semalam berkaitan rakaman video berdurasi 38 saat kejadian tersebut.

Menurut beliau, video berkenaan memaparkan individu dipercayai Abu Bakar melepaskan tembakan ke arah seekor lembu yang didakwa mengamuk ketika Program Ibadah Korban Perdana Kuala Perlis di Dataran Lok 9, Kuala Perlis.

“Bertindak atas maklumat dan laporan tersebut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar telah merakam keterangan Menteri Besar Perlis dan keterangan telah direkodkan mengenai kejadian terbabit.

“Berdasarkan keterangan yang diberikan, tindakan itu diambil kerana seekor lembu telah mengamuk dan mengancam petugas serta orang awam yang berada di lokasi program,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata, polis turut membuat rampasan selaras shotgun yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan.

Katanya, sembilan butir peluru jenis buckshot turut dirampas untuk tindakan lanjut.

“Hasil semakan melalui Bahagian Perlesenan IPD Kangar mengesahkan Menteri Besar Perlis adalah pemegang lesen senjata api yang sah bagi senjata api jenis shotgun tersebut,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat awam.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara maksimum setahun dan denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Yusharifuddin berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengundang provokasi terhadap mana-mana pihak.

Tambah beliau, polis memandang serius sebarang perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat.

Related Posts

Kerjasama industri buka laluan kerjaya, lagi 20 graduan Sabah raih kerja di Johor

KOTA KINABALU – Seramai 20 graduan Program Certificate in Precision Micro-Soldering & Electronics Technopreneurship menerima tawaran pekerjaan di Johor sejurus menamatkan latihan kemahiran sekali gus membuktikan kerjasama industri mampu membuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DUN Sarawak dibubar 26 Oktober, laluan PRN Ke-13 dibuka

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober 2026, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi