Capaian talian hampir 10,000 penduduk terjejas, pengoperasian menara telekomunikasi perlu diteliti

TAWAU – Isu capaian internet dan talian komunikasi termasuk pengoperasian serta penyelenggaraan menara telekomunikasi di kawasan Batu Payung dan Tinagat perlu diberi perhatian segera kerana menjejaskan kira-kira 10,000 penduduk kawasan sekitar, sejak sekian lama.

Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, masalah itu disedari apabila panggilan telefon bimbitnya tiba-tiba terputus semasa melalui laluan Kampung Tinagat menuju Batu Payung.

Susulan itu katanya, beliau mengambil kesempatan turun dan melihat sendiri sebuah menara telekomunikasi di Kampung Tinagat Batu 9 yang dibina sejak dua atau tiga tahun lalu.

“Apabila saya nampak dan terima aduan daripada penduduk, menara ini sudah lama tidak berfungsi.

“Kita harap MCMC dapat melihat perkara ini kerana keadaan kawasan sekitar juga tidak diselenggara dengan baik termasuk laluan ke menara yang dipenuhi semak-samun, ” katanya kepada media, di Tawau.

Menurut ADUN Apas itu juga, menara yang telah dibina sejak beberapa tahun lalu sepatutnya menjadi penyelesaian tuntas kepada masalah komunikasi di kawasan ini.

“Keadaan ini memberi kesan besar khususnya kepada pelajar yang memerlukan internet untuk pembelajaran, kepada perkembangan ekonomi digital (Gig) dan urusan harian penduduk.

“Tambahan pula kawasan ini yang berhampiran dengan sempadan Indonesia menyebabkan talian tempatan sering bertukar secara automatik kepada rangkaian negara jiran (Indosat dan Telkomsel) ,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap pihak kerajaan, khususnya kementerian berkaitan dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan kemudahan ini berfungsi sepenuhnya dan masalah yang dihadapi penduduk dapat diselesaikan secepat mungkin.

Related Posts

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

IPOH – Seekor harimau belang betina seberat 94 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas memasuki perangkap yang dipasang berhampiran sebuah kandang lembu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH