Ibadah korban perkukuh hubungan masyarakat

LIPIS – Ibadah korban bukan sahaja memenuhi tuntutan agama malah sebagai medium memperkukuh hubungan masyarakat melalui semangat kerjasama dan membina perpaduan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerjasama menerusi semangat gotong-royong terus disuburkan dalam kalangan generasi hari ini khususnya melibatkan ibadat korban di semua tempat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Pembabitan penduduk Islam di negeri ini dalam ibadat korban selari dengan usaha kerajaan negeri termasuk peringkat Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung untuk memperkukuh syiar Islam di samping mengekalkan keharmonian.

“Buktinya pada Hari Raya Aidiladha tahun ini, kita menyembelih 40 ekor lembu melibatkan 300 petugas, cuma siap dalam tempoh tiga jam membuktikan kerjasama erat menerusi kerja bergotong-royong sehinggalah selesai,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian sempena majlis Ibadah Korban Perdana peringkat negeri di Kampung Tanjung Gahai, Jelai dekat sini hari ini.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai berkata, daging yang siap dilapah itu diagihkan kepada kira-kira 3,000 penduduk di 14 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Jelai.

Beliau berkata, majlis korban itu turut menyantuni 400 penuntut anak Pahang yang sedang mengikuti pengajian di Mesir dan pulang bercuti sempena Aidiladha dengan menyerahkan daging korban sebagai sebagai tanda ingatan kerajaan negeri terhadap kebajikan anak perantau.

Sementara itu, beliau berkata, peruntukan berkaitan syiar Islam di negeri ini meningkat dari setahun ke setahun.

“Peruntukan berkenaan melibatkan pembinaan 44 buah masjid di seluruh negeri, bantuan kepada jemaah haji, pembinaan Rumah Rakyat Pahang secara percuma, bantuan kepada pasangan yang berkahwin kali pertama serta sumbangan RM10,000 kepada masjid dan surau yang melaksanakan solat Jumaat,” katanya.

Related Posts

Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang cedera dalam dua kejadian berasingan

ULU TIRAM – Sambutan Aidiladha di sini bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas dipercayai ditanduk kerbau dalam dua kejadian berasingan ketika ibadah korban pada hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PIBG, sekolah perlu seiring pacu kecemerlangan pelajar

LIMBANG – Hubungan kukuh antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah amat penting dalam memacu kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum pelajar di negeri ini. Timbalan Menteri Pengangkutan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang cedera dalam dua kejadian berasingan

Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang cedera dalam dua kejadian berasingan

MoT ambil tindakan tegas terhadap Prasarana susulan insiden LRT tergelincir

MoT ambil tindakan tegas terhadap Prasarana susulan insiden LRT tergelincir

MoT tubuhkan pasukan khas siasat insiden LRT tergelincir

MoT tubuhkan pasukan khas siasat insiden LRT tergelincir

PIBG, sekolah perlu seiring pacu kecemerlangan pelajar

PIBG, sekolah perlu seiring pacu kecemerlangan pelajar

Ibadah korban perkukuh silaturahim agensi, komuniti Parlimen Mukah

Ibadah korban perkukuh silaturahim agensi, komuniti Parlimen Mukah

Capaian talian hampir 10,000 penduduk terjejas, pengoperasian menara telekomunikasi perlu diteliti

Capaian talian hampir 10,000 penduduk terjejas, pengoperasian menara telekomunikasi perlu diteliti