Ibadah korban perkukuh silaturahim agensi, komuniti Parlimen Mukah

MUKAH – Semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat terserlah menerusi penganjuran Program Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha yang menyaksikan tiga ekor lembu dikorbankan pada Khamis.

Program tersebut merupakan inisiatif anjuran bersama Pejabat Residen Bahagian Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Majlis Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat, Badan Khairat Kematian Kampung Kuala Lama, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Lama, serta Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Mukah.

Kesemua lembu berkenaan adalah hasil sumbangan dan ibadah korban daripada Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib; SPAD Mukah Palm Oil Mill; dan 101 Superman Speedmart Sdn Bhd.

“Majlis ibadah korban ini bukan sahaja menjadi landasan untuk memperkukuh silaturahim antara agensi setempat, malah turut membawa manfaat besar kepada penduduk melalui pengagihan daging korban kepada golongan yang memerlukan.

“Program seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi memupuk semangat muafakat serta menyemai budaya prihatin dalam kalangan petugas barisan hadapan dan masyarakat sekitar,” menurut satu kenyataan pada Khamis.

Majlis berkenaan dihadiri oleh Pemangku Residen Bahagian Mukah, Shafrie Saili yang hadir bagi mewakili Hanifah, serta Pegawai Daerah Mukah, Pledzman Ahip.

Suasana program bertambah meriah dengan kehadiran ketua masyarakat dan ketua kaum Daerah Mukah, serta penduduk setempat yang bergotong-royong menjayakan aktiviti melapah, mengagih daging korban, serta memasak sup.

Pelaksanaan program tahunan ini secara tidak langsung mencerminkan komitmen padu agensi kerajaan dalam mendekati komuniti, di samping menghayati erti pengorbanan dan kebersamaan yang menjadi inti pati sambutan Aidiladha.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar