Dua hari hilang dalam kebun sawit, warga emas 77 tahun ditemukan selamat

PEKAN NANAS – Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang ketika melalui kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Medan Sari sejak Selasa lalu akhirnya ditemukan selamat selepas lebih dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pasukan penyelamat bersama penduduk kampung.

Mangsa, Nathiah Selamat, 77, ditemukan kira-kira jam 10.50 pagi pada Khamis oleh penduduk kampung pada jarak sekitar 2.4 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Khairul Anwar Ab Ghani berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pontian bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut selepas ditemui dalam keadaan selamat.

Menurut beliau, warga emas terbabit dipercayai hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sri Bunian sekitar jam 11 pagi pada Selasa dengan melalui kawasan kebun kelapa sawit.

Beliau berkata, operasi pencarian diteruskan pada Rabu dengan bantuan Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menggunakan anjing pengesan bagi membantu mengesan kedudukan mangsa.

Tambahnya, pencarian dilakukan dalam radius dua kilometer ke arah selatan Jalan Parit Haji Yusof sehingga ke PKTK sebelum diteruskan ke arah utara kawasan berkenaan.

Operasi SAR tersebut melibatkan lapan anggota bomba bersama dua jentera dan turut mendapat kerjasama penduduk kampung yang bersama-sama membantu usaha pencarian sehingga mangsa berjaya ditemukan.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali