Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

MUKAH – Tindakan seorang buruh warga asing menjadikan sebuah pondok di atas bukit berhampiran laluan jejambat Selangau di sini sebagai ‘lubuk’ pengedaran dadah membawa padah apabila dia ditahan polis pada Isnin.

Suspek berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah hasil maklumat risikan kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, ketika serbuan, suspek yang menyedari kehadiran pihak berkuasa bertindak cuba melarikan diri ke bahagian belakang pondok berkenaan.

“Suspek turut bertindak agresif menyebabkan pasukan polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum bagi menjayakan tangkapan tersebut.

“Hasil pemeriksaan di lokasi menemui 22 keratan tiub straw dan 25 peket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu (methamphetamine),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, kesemua dadah seberat 63.46 gram dengan anggaran nilai RM3,200 itu ditemui tersimpan di dalam sebuah beg silang berwarna hitam yang dibawa suspek.

Tambah Muhamad Rizal, ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis yang sama.

“Semakan lanjut pihak kami juga mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini,” jelasnya.

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 2 Jun depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah