200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

TEMBURONG – Sebanyak 200,000 benih udang galah dilepaskan ke perairan Sungai Temburong menerusi Program Pelepasan Benih Udang Galah dalam usaha memulihara spesies berkenaan.

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Abdul Manaf Metussin berkata, inisiatif itu merupakan usaha berterusan Jabatan Perikanan bagi memulihkan dan meningkatkan populasi udang galah yang semakin terancam akibat penangkapan berlebihan serta faktor alam sekitar.

Menurutnya, spesies berkenaan memainkan peranan penting dalam ekosistem air tawar, mengekalkan keseimbangan rantaian makanan dan biodiversiti sungai, selain menjadi sumber pendapatan komuniti setempat khususnya di daerah ini.

“Proses pelepasan ini dilakukan secara saintifik dan terancang merangkumi pemilihan lokasi, pemantauan kualiti air serta penentuan saiz benih yang optimum.

“Langkah ini penting bagi memastikan kadar kelangsungan hidup spesies (udang galah) tersebut sentiasa berada pada tahap yang tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jabatan Perikanan menyasarkan pelepasan sebanyak 100,000 benih udang galah setiap tahun ke kawasan perairan yang dikenal pasti sesuai di negara ini.

Jelasnya, sejak tahun 2022, sebanyak 596,300 benih spesies itu telah berjaya dilepaskan di kawasan perairan Temburong dan Tutong.

“Bagi menilai kepelbagaian serta variasi genetik populasi udang galah di negara ini, Jabatan Perikanan dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Temasek Life Sciences Laboratory turut melaksanakan kajian sejak tahun 2024 hingga 2025,” jelasnya.

Usaha yang mencerminkan komitmen kerajaan dalam memelihara sumber akuatik dan perikanan lestari itu merupakan antara pengisian sempena Brunei Darussalam Expedition and Conference on Sustaining Our Oceans: Innovation, Governance and Resilience For A Blue Future yang berlangsung sepanjang Mei dan Jun ini.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan