876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

KABONG – Sambutan Hari Gawai Dayak tahun ini pastinya lebih bermakna buat 876 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong apabila mereka menerima sumbangan bakul makanan menjelang musim perayaan.

Bantuan kebajikan tersebut disasarkan kepada golongan yang memerlukan termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta ibu tunggal dari beberapa buah rumah panjang di sekitar kawasan berkenaan bagi meringankan beban mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir berkata, program seumpama itu akan terus dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kelangsungan hidup rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Kita berharap sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan lagi sambutan Hari Gawai Dayak, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

“Usaha ini juga mencerminkan komitmen berterusan kita dalam memastikan kebajikan masyarakat luar bandar, khususnya golongan yang memerlukan sokongan sentiasa mendapat perhatian sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, majlis simbolik penyerahan bakul makanan tersebut diadakan di empat lokasi utama iaitu Rumah Nyandang Anak Empaling, Rumah Bir Anak Rangga, Rumah Graman Anak Busum dan Rumah Chuat Anak Bugey.
Ia turut melibatkan penerima dari kawasan rumah panjang berhampiran.

Dalam pada itu, bagi rumah panjang yang tidak terlibat dalam majlis simbolik berkenaan, bantuan tersebut boleh dituntut di Pusat Khidmat ADUN Kabong.

Sumbangan tersebut akan diambil dan diagihkan kepada penerima di kawasan masing-masing melalui Ketua Biro Wanita rumah panjang.

Program berteraskan kebajikan komuniti itu dianjurkan oleh Biro Wanita Rumah Panjang Kawasan Kabong bersama Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kabong dan Pergerakan Pemuda PBB Kabong, dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kabong.

Foto: Facebook Pusat Khidmat ADUN Kabong

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram