Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai Terengganu yang membabitkan empat pekerja kontraktor.

“Dukacita dimaklumkan bahawa tiga pekerja disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada kira-kira jam 5.57 petang semalam manakala seorang lagi petugas yang cedera sudah dipindahkan bagi menerima rawatan perubatan dan masih di bawah pemerhatian,” menurut syarikat minyak dan gas negara itu dalam kenyataan, seperti dilapor Bernama.

Menurut Petronas, siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan dan dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan.

“Petronas merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja mangsa yang meninggal dunia.

“Keutamaan segera syarikat ini adalah untuk memberi sokongan terhadap kebajikan mereka yang terjejas,” menurut syarikat itu.

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anak-anak muda, bekerjalah bersama dan jadikan Malaysia negara hebat – Anwar

PERMATANG PAUH – Anak muda dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan fahaman kebencian dan perpecahan kerana ia hanya akan melemahkan negara, sebaliknya mereka diminta bangkit sebagai satu pasukan untuk bersama-sama membina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah