Dakwa AI jejas peluang kerja tidak tepat

KUANTAN – Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak wajar dilihat sebagai ancaman yang menggugat peluang pekerjaan rakyat, sebaliknya menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti industri negara.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada sektor pekerjaan berkemahiran rendah sekiranya mahu menjadi negara maju berteraskan teknologi.

“Kita mengharapkan pendidikan kita ini bertaraf antarabangsa, tetapi pekerjaan tidak seperti mana dalam pendidikan yang ditawarkan, itu perkara yang sedang kita atasi.

“Itu sebabnya penggunaan teknologi ini akan menyebabkan kilang-kilang kita dapat ditingkatkan produktiviti melalui penggunaan teknologi dan akhirnya, teknologi ini diuruskan anak Malaysia, bukan lagi diuruskan berintensifkan pekerja semata-mata,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jelajah AI MyMahir – Edisi Parlimen Paya Besar anjuran TalentCorp di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah di sini, hari ini.

Program itu mendapat sambutan menggalakkan apabila 450 peserta hadir dan ia melebihi sasaran.

Mengulas lanjut, Mohd Shahar menjelaskan, kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 memberi penekanan kepada usaha memperluas literasi teknologi supaya manfaat AI dapat dinikmati seluruh lapisan masyarakat, termasuk di luar bandar.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan usahawan kecil, pelajar dan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital.

“Kehadiran hari ini yang tidak cukup kerusi dan meja jelas menunjukkan masyarakat luar bandar dahagakan ilmu AI,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Shahar berkata, masih terdapat usahawan kecil yang ragu-ragu untuk mengadaptasi AI dalam perniagaan ekoran kebimbangan terhadap kos pelaksanaan.

Menurutnya, tanggapan tersebut adalah meleset kerana teknologi AI masa kini boleh diakses dengan kos yang rendah, namun mampu memberikan impak besar terhadap operasi perniagaan.

“Isu utamanya adalah kefahaman… apabila mereka diberi pendedahan, mereka akan tahu bahawa AI tidak memerlukan modal yang besar.

“Penguasaan literasi teknologi ini amat kritikal bagi merealisasikan objektif kementerian untuk mengubah status negara daripada sekadar Made in Malaysia kepada Made by Malaysia,” ujarnya.

Related Posts

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

PUTRAJAYA – Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) perlu diperkasa secara holistik sebagai pendekatan pencegahan bagi menangani isu pematuhan imigresen, bukannya hanya bergantung kepada operasi serbuan dan penahanan besar-besaran. Profesional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pemegang MyKad lama kini boleh mendapatkan MyKad Generasi Baharu di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara, bermula hari ini. Menurut soalan lazim yang disiarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini