Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

SANDAKAN – Program pembangunan belia dan sukan di negeri ini terus diperkasakan menerusi pelbagai inisiatif yang memberi tumpuan kepada pengukuhan perpaduan, pembangunan belia serta penambahbaikan kemudahan sukan untuk manfaat masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, lawatan kerja beliau ke Sandakan memberi fokus kepada beberapa program utama yang melibatkan penyertaan belia dan komuniti sukan di peringkat akar umbi.

“Usaha ini selari dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam melahirkan generasi muda yang aktif, sihat serta berdaya saing.

“Belia dan sukan merupakan platform penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu, aktif dan sihat,” ujarnya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Mordi berkata, setiap inisiatif yang dilaksanakan diharap memberi impak positif terhadap pembangunan belia serta membuka lebih banyak peluang kepada anak muda untuk menyerlahkan bakat masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program serta lawatan kerja berkenaan.

Program Santuni Pertubuhan Belia Sejati MADANI X Belia Peringkat Negeri Sabah turut disertai pelbagai agensi dan pemimpin setempat yang terus memberi sokongan terhadap agenda pembangunan sukan dan belia di Sabah.

Antara pengisian program yang dilaksanakan termasuk Kejohanan Liga Sukan Komuniti, lawatan tapak projek naik taraf Kompleks Sukan Sandakan serta Majlis Perasmian Gelanggang Futsal Berbumbung Taman Damai.

Related Posts

Pelajar terjatuh di sekolah tidak cedera serius, kini stabil

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah memaklumkan pelajar yang terjatuh di kawasan sebuah sekolah di Papar tidak mengalami kecederaan serius dan kini berada dalam keadaan stabil. JPN Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

KANGAR – Seorang pempengaruh media sosial berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar terjatuh di sekolah tidak cedera serius, kini stabil

Pelajar terjatuh di sekolah tidak cedera serius, kini stabil

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX