Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

PUTRAJAYA – Aktiviti penanaman padi di Kedah dijangka kembali rancak selepas sambutan Aidiladha susulan keadaan bekalan air di kawasan jelapang padi utama negeri itu semakin stabil.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, peningkatan paras air di beberapa empangan termasuk Empangan Muda memberi keyakinan kepada pesawah untuk memulakan semula proses penanaman dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, bekalan air di petak sawah kini juga berada pada tahap memuaskan selain kerja pembajakan yang sudah mencapai kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan kawasan sawah.

Katanya, kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) terus memantau situasi semasa terutama perubahan cuaca yang memberi kesan terhadap jadual penanaman.

“Pertama sekali, mereka (pesawah) menunggu kemungkinan lepas raya haji untuk menanam. Air di petak telah ada dan air empangan juga mula meningkat.

“Saya yakin mereka dapat lakukan pada masa terdekat ini. Keadaan perubahan cuaca ini bukan kita boleh jangka sepenuhnya, tetapi saya lihat cuaca dan bekalan air kini semakin mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Informasi Pertanian Kebuniti (Gardentopia) di Wisma Tani, di sini, hari ini.

Sebelum ini, kebimbangan terhadap isu bekalan air dan peningkatan kos operasi menyebabkan sebahagian besar pesawah di Kedah masih belum memulakan penanaman padi bagi Musim 1/2026.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob, dilaporkan berkata hanya sekitar 10 peratus daripada 56,000 pesawah di negeri itu termasuk di kawasan MADA sudah memulakan aktiviti penanaman walaupun jadual tabur kering sepatutnya bermula sejak April lalu.

Mengulas isu peningkatan kos input pertanian seperti baja, racun dan penggunaan jentera, Mohamad berkata kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan pesawah termasuk menyediakan bantuan ketika musim pembajakan.

Related Posts

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PENDEKATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negara memperlihatkan kecenderungan untuk tidak terlalu melayan tekanan serta kritikan politik, sebaliknya memberikan tumpuan kepada tugas pentadbiran dan usaha memperkukuh kedudukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis

  • By Aden
  • September 13, 2026
Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis

Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

  • By Aden
  • September 13, 2026
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion